07 April 2025

"Mati atau Lumpuh, Duit Tetap Jalan."

Ramai ingat, hibah takaful ni bayar bila mati je.
Padahal, kalau kita masih hidup tapi tak upaya kekal, duit pun tetap masuk.

Hilang upaya kekal (TPD) tu apa?
Senang je ... Bila badan kita dah tak boleh berfungsi macam biasa. 


Contoh:

Hilang dua tangan, atau

Hilang dua kaki, atau

Hilang dua-dua mata, atau

Kombinasi tangan + kaki / tangan + mata / kaki + mata.

Ataupun, kita masih cukup anggota tapi dah tak boleh buat benda asas hidup macam:

Pakai baju sendiri

Bergerak dari bilik ke bilik

Masuk keluar katil

Mandi basuh badan

Kawal buang air

Makan sendiri

Kalau kita tak boleh buat 3 benda daripada senarai ni tanpa bantuan, kira layak claim TPD.

Tapi ingat:

Cover TPD ni sampai umur 70 tahun je.

Takaful tak cover kalau kecederaan tu sebab benda-benda macam cuba bunuh diri, buat aktiviti ekstrem, jenayah, atau perang.

Jadi, jangan ingat ambil hibah takaful ni untuk bila kita dah mati je. Kita ambil juga untuk masa kita masih hidup, cuma dah hilang upaya dan tak nak menyusahkan orang sangat.

Kena ingat...
Hidup susah tanpa upaya tu satu hal. Tapi hidup susah tanpa duit? Lagi parah.

Ingat takaful, ingat Rohaniah Noor.

Tiada ulasan: