Hari ni newsfeed dipenuhi dengan kesyukuran parent anak mereka ambik results SPM.
Tahniah buat semua.
Saya cuma nak kongsikan satu peluang melanjutkan pengajian diploma untuk parent yang cari pilihan pengajian yang lebih murah. Atau nak elakkan anak dia berhutang dengan PTPTN.
Cuma ini untuk kawan-kawan berbangsa bumiputera sahaja. Maaf untuk bukan bumi.
Ada rangkaian kolej MARA, namanya Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Mereka tawarkan banyak pengajian diploma yang berasaskan kemahiran.
Yang bestnya,
- yuran masuk pengajian cuma RM500
- asrama percuma
- dapat elaun dalam RM300 sebulan.
- bukan pinjaman MARA ya.. tapi memang elaun yang diberi oleh MARA dan kos pengajian yang lain serta kos asrama memang mara tanggung.
Ada dua anak sedara saya belajar di KKTM. Sorang dah habis belajar pun di KKTM Sri Gading di Parit Raja. Dia ambik bidang teknologi kejuruteraan bangunan (teknologi hijau).
Sorang lagi sedang belajar di KKTM Lenggong. Belajar bidang teknologi makanan.
Oleh kerana MARA yang tanggung pengajian, so peraturan kehadiran kelas dia agak straight. Macam sekolah menengah, kena hadir kelas. Tak ada boleh ponteng.
Pelajar pun tak perlu beli buku teks mahal-mahal. Pensyarah dah sediakan material pembelajaran untuk pelajar.
Jadi sebenarnya KKTM ni nak bantu anak bumiputera yang keluarga tak berapa mampu. Cuma setakat ni, ada banyak cawangan yang kemasukan kurang dari target. Mungkin sebab kurang promosi.
Dan setahu saya, setakat ni tak ada syarat pendapatan ibu bapa untuk anak masuk ke KKTM ni.
Setakat ni ada 10 cawangan KKTM di seluruh Malaysia. Boleh rujuk info kat laman web mereka
https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/kktm
Gambar: tahun lepas saya ride motor hantar anak sedara balik asrama di KKTM Lenggong lepas cuti raya.