Bila saya travel solo, ada satu soalan yang selalu muncul, terutama dari pemandu tuktuk, teksi motor atau pemandu beca.
Soalannya adalah... ( Selepas diterjemah ke bahasa melayu..)
"Sorang ke?"
Jawapan saya jujur? Ya, saya travel seorang.
Tapi biasanya akan ada soalan susulan.
"Suami mana?"
Haaa kat sini akan muncul jawapan bohong sunat.
"Oh, suami kerja, tak dapat ikut travel."
Hehehe....
Bukan sebab saya takut atau fikir yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, lebih senang macam tu. Sebab kalau saya cakap saya single dan travel solo, terus ada sesi soal jawab yang panjang:
"Oh, belum kahwin? Kenapa belum kahwin?"
"Tak ada boifren ke?"
"Tak risau travel sorang?"
Dan kalau di negara yang pemikirannya lebih konservatif, lagi panjanglah topik tu. Dari “tak kahwin lagi?” boleh berkembang jadi sesi motivasi kahwin dan contoh-contoh tauladan jiran tetangga dia yang berkahwin.
Kadang-kadang saya okay je nak sembang. Tapi kalau nak ulas panjang pasal perkahwinan ni... Nanti jadi panjang pula. Malas nak keluarkan banyak hujah.
Lagipun saya nak tenang-tenang je naik tuktuk, beca atau motor dia ni.
Aku bayar ko kot... Boleh tak kita diam dan bawak aku je ke sana, ni kata saya dalam hati lah. Hahaha..
Jadi, bila saya cakap suami kerja tak ikut travel, perbualan pun berhenti di situ. Tak ada soalan lanjutan. Tak ada sesi soal selidik tentang hidup peribadi.
Tipu sunat? Mungkin. Tapi dalam dunia travel solo, kadang-kadang lebih senang bila kita sendiri tentukan apa yang perlu dikongsi, dan apa yang kita simpan untuk diri sendiri.
Ada yang pernah buat macam ni masa travel? Atau ada jawapan lain yang selalu digunakan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan