26 Januari 2025

Kalau nak meninggal, meninggal sekarang. Jangan meninggal selepas tu.

Ada banyak kes lelong. Rumah terpaksa dilelong sebab suami meninggal dunia. Selama ni rumah yang keluarga ini duduk, suaminya bayar ansuran. Isteri tak bekerja.

Tiba-tiba suami meninggal dunia. Isteri ingat, boleh duduk je rumah ni dengan anak-anak. 

Tapi, rupanya hutang rumah ni belum settle. Suami tak ambik mrta / mrtt yang cukup untuk baki hutang rumah.


Untuk yang belum jelas, mrta (insurans konvensional) atau mrtt (takaful) adalah perlindungan yang diambil oleh peminjam loan rumah untuk cover baki hutang rumah sekiranya meninggal dunia.

Let say loan ada lagi 10 tahun. Insurans atau takaful dah kira anggaran berapa baki hutang jika tinggal lagi 10 tahun. Baki hutang tu syarikat insurans atau takaful akan bayar.

Tapi disebabkan bank tak wajibkan peminjam ambil mrta / mrtt, ada ramai peminjam yang tak ada ambik perlindungan ni.

Ada juga yang ambik mrta untuk tempoh yang lebih pendek dari tempoh pinjaman.

Loan 30 tahun, tapi ambik mrta / mrtt cuma 15 tahun. Sebabnya? Kelayakan loan tak lepas kalau nak ambik amaun mrta / mrtt sampai 30 tahun.



Jadi, kalau nak meninggal, kena meninggal 15 tahun awal. Kalau meninggal lepas tu, nanti dah tak ada perlindungan baki hutang.

Tu yang kalau waris tak boleh bayar baki loan, rumah terlelong.

Jadi, apa solutionnya?

Caranya ambil hibah takaful untuk amaun pinjaman sepenuhnya. Jadi, apa-apa berlaku, kita ada cukup wang untuk waris gunakan bayar baki hutang.

Jika ada lebihan, bolehlah waris gunakan untuk keperluan lain.

Untuk dapatkan proposal percuma hibah takaful, boleh wassap saya ya.

Tiada ulasan: