07 April 2025

"Mati atau Lumpuh, Duit Tetap Jalan."

Ramai ingat, hibah takaful ni bayar bila mati je.
Padahal, kalau kita masih hidup tapi tak upaya kekal, duit pun tetap masuk.

Hilang upaya kekal (TPD) tu apa?
Senang je ... Bila badan kita dah tak boleh berfungsi macam biasa. 


Contoh:

Hilang dua tangan, atau

Hilang dua kaki, atau

Hilang dua-dua mata, atau

Kombinasi tangan + kaki / tangan + mata / kaki + mata.

Ataupun, kita masih cukup anggota tapi dah tak boleh buat benda asas hidup macam:

Pakai baju sendiri

Bergerak dari bilik ke bilik

Masuk keluar katil

Mandi basuh badan

Kawal buang air

Makan sendiri

Kalau kita tak boleh buat 3 benda daripada senarai ni tanpa bantuan, kira layak claim TPD.

Tapi ingat:

Cover TPD ni sampai umur 70 tahun je.

Takaful tak cover kalau kecederaan tu sebab benda-benda macam cuba bunuh diri, buat aktiviti ekstrem, jenayah, atau perang.

Jadi, jangan ingat ambil hibah takaful ni untuk bila kita dah mati je. Kita ambil juga untuk masa kita masih hidup, cuma dah hilang upaya dan tak nak menyusahkan orang sangat.

Kena ingat...
Hidup susah tanpa upaya tu satu hal. Tapi hidup susah tanpa duit? Lagi parah.

Ingat takaful, ingat Rohaniah Noor.

17 Mac 2025

Rezeki Waris, Tak Tinggal Sehelai Sepinggang

Ramai yang fikir nak ambil hibah bila dah ada duit lebih. Atau bila hutang dah habis.

Tapi kalau sekarang pun duit cukup-cukup makan, macam mana kalau tiba-tiba hilang sumber pendapatan?


Macam kes ni, client ni baru je ambil hibah. 10 hari lepas tu, berlaku sesuatu yang tak dijangka. 

Tapi sebab dia dah buat keputusan awal, waris dapat lebih RM400,000. Duit ni jadi penyambung rezeki untuk anak-anak teruskan hidup tanpa beban kewangan.

Tak perlu tunggu kaya baru nak buat hibah. 

Sekarang kita ada promosi sampai hujung bulan. Dengan bermula RM40 sebulan pun dah boleh ambik perlindungan untuk tinggalkan sesuatu buat keluarga. 

Kalau tak ada apa-apa berlaku, ada cash value. Boleh dapat wang tunai pula. Perlindungan+ simpanan.

Nak tahu macam mana hibah takaful boleh bantu lindungi waris? 

Boleh wassap saya ya.
0123547636

Atau klik link wassap ni

wassap.my/60123547636/hibahtakaful 

16 Mac 2025

Kadang-Kadang, Saya Tipu Masa Travel Solo

Bila saya travel solo, ada satu soalan yang selalu muncul, terutama dari pemandu tuktuk,  teksi motor atau pemandu beca.


Soalannya adalah... ( Selepas diterjemah ke bahasa melayu..)

"Sorang ke?"

Jawapan saya jujur? Ya, saya travel seorang.

Tapi biasanya akan ada soalan susulan. 

"Suami mana?"

Haaa kat sini akan muncul jawapan bohong sunat.

"Oh, suami kerja, tak dapat ikut travel."

Hehehe....

Bukan sebab saya takut atau fikir yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, lebih senang macam tu. Sebab kalau saya cakap saya single dan travel solo, terus ada sesi soal jawab yang panjang:

"Oh, belum kahwin? Kenapa belum kahwin?"
"Tak ada boifren ke?"
"Tak risau travel sorang?"

Dan kalau di negara yang pemikirannya lebih konservatif, lagi panjanglah topik tu. Dari “tak kahwin lagi?” boleh berkembang jadi sesi motivasi kahwin dan contoh-contoh tauladan jiran tetangga dia yang berkahwin.

Kadang-kadang saya okay je nak sembang. Tapi kalau nak ulas panjang pasal perkahwinan ni... Nanti jadi panjang pula. Malas nak keluarkan banyak hujah.

Lagipun saya nak tenang-tenang je naik tuktuk, beca atau motor dia ni. 

Aku bayar ko kot... Boleh tak kita diam dan bawak aku je ke sana, ni kata saya dalam hati lah. Hahaha..

Jadi, bila saya cakap suami kerja tak ikut travel, perbualan pun berhenti di situ. Tak ada soalan lanjutan. Tak ada sesi soal selidik tentang hidup peribadi. 

Tipu sunat? Mungkin. Tapi dalam dunia travel solo, kadang-kadang lebih senang bila kita sendiri tentukan apa yang perlu dikongsi, dan apa yang kita simpan untuk diri sendiri.

Ada yang pernah buat macam ni masa travel? Atau ada jawapan lain yang selalu digunakan?

14 Mac 2025

Travel bukan perawat, tapi jeda.

Travel Bukan Perawat, Tapi Jeda

Aku dah lama sedar—travel bukan ubat. Dia tak ada kuasa magik untuk sembuhkan hati yang retak, atau pulihkan luka yang dalam. 

Tapi travel ada satu benda yang sukar nak dapat dalam kehidupan biasa: jeda.

Jeda dari rutin. Jeda dari suara yang terlalu bising dalam kepala. Jeda dari perasaan yang bersimpul-simpul, yang dalam kehidupan biasa mungkin terlalu berselirat untuk dirungkai.




Bila aku travel, aku rasa masa seolah-olah berhenti sekejap. Aku tak perlu kejar deadline. Tak perlu fikir apa orang nak kata. Tak perlu pura-pura okay. 

Aku hanya perlu berada dalam momen—di sebuah kota asing, di tepi pantai yang belum pernah aku jejak, di sebuah kedai kopi kecil yang sunyi, memerhati hidup orang lain sambil cuba memahami hidup sendiri.

Sebab itu, masa travel, aku suka baca buku self-help atau buku tentang self-love. Masa kita terjeda, minda lebih terbuka untuk menyerap sesuatu yang baru. 

Kalau dalam kehidupan biasa kita hanya ulang-ulang skrip dalam kepala. Tapi masa travel, kita ada peluang untuk tukar naratif itu. Kita beri ruang untuk input baru masuk—daripada buku yang kita baca, orang yang kita jumpa, atau pengalaman yang kita lalui.

Mungkin travel tak boleh rawat luka. Tapi travel boleh beri kita masa untuk betul-betul hadapi apa yang kita rasa... tanpa gangguan, tanpa distraksi. 

Kalau kita gunakan masa itu untuk memahami, bukan hanya melupakan, mungkin kita akan pulang dengan hati yang sedikit lebih kuat, sedikit lebih tenang.

Anda pula bagaimana? 
Adakah travel buat anda lari, atau buat anda lebih mengenali diri?

#sayabackpacker
#travel #kembara

13 Mac 2025

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach


Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri.



1. Fahami Kenapa Kita Attach

Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection. Tapi, bila kita terlalu attach, kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni.

Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat beri perhatian yang sama, kita rasa kecewa. Ini bukan salah sesiapa, tapi ini tanda kita terlalu attach tanpa keseimbangan.

2. Seni Melepaskan Tanpa Menjauhkan Diri (Detach dengan Sihat)

Detach tak bermaksud kau kena buang seseorang dari hidup atau jadi dingin. Ia lebih kepada memberi ruang yang sihat dalam hubungan. Antara cara yang kau boleh guna:

  • Tak Semua Mesej Perlu Dibalas Serta-Merta
    Kalau kau terbiasa reply cepat dan excited setiap kali mereka mesej, cuba beri ruang. Bukan bermaksud kau kena jual mahal, tapi sekadar untuk train diri supaya tak terlalu bergantung kepada perbualan itu untuk buat kau rasa baik.

  • Beri Ruang untuk Mereka Mencari Kau Juga
    Kalau kau selalu jadi yang memulakan perbualan, cuba perlahan-lahan kurangkan. Tengok sama ada mereka juga akan cari kau atau tidak. Kalau ya, bermakna hubungan itu seimbang. Kalau tak, mungkin kau lebih menghargai mereka dari apa yang mereka hargai kau.

  • Jangan Takut Sunyi
    Kadang-kadang kita terlalu attach sebab kita tak suka rasa sunyi. Jadi, kita cari seseorang untuk sembang supaya kita tak rasa keseorangan. Tapi, real talk—belajar untuk enjoy masa sendiri akan buat kau lebih tenang. Bila kau dah biasa dengan kesunyian, kau tak akan rasa perlu sangat untuk cari seseorang semata-mata untuk mengisi ruang kosong itu.

3. Kenali Bila Kau Perlu Kembali Attach

Tak salah nak attach, sebab itu yang buat hubungan jadi bermakna. Tapi pastikan attachment itu sihat:

  • Mereka juga tunjuk effort untuk keep in touch dengan kau.
  • Kau rasa dihargai, bukan sekadar digunakan bila mereka bosan.
  • Kau masih ada ruang untuk diri sendiri dan tak rasa cemas kalau mereka tak ada.

4. Jaga Boundaries dengan Jelas

Kadang-kadang, kita rasa tak selesa untuk berhenti mesej atau kurangkan perhatian sebab takut orang tu terasa. Tapi, kalau kau terlalu mengabaikan keperluan diri sendiri semata-mata untuk jaga perasaan orang lain, akhirnya kau yang penat.

Kau boleh letakkan boundary dengan cara halus:

  • Tak perlu rasa bersalah kalau tak balas mesej segera.
  • Tak semua ajakan kena terima kalau kau tak ada mood.
  • Kalau rasa diri mula terlalu melekat, ambil masa untuk pause dan reflect.

5. Kesimpulan: Seimbang Itu Kunci

Dalam hubungan, attachment itu penting untuk membina keakraban. Tapi kalau ia terlalu kuat tanpa keseimbangan, ia boleh jadi beban. Begitu juga dengan detachment—kalau terlalu jauh, hubungan jadi hambar dan akhirnya pudar.

Jadi, seni mengimbangi attach dan detach ialah tentang memahami perasaan sendiri dan tidak membiarkan ia mengawal kau. Bila kau dapat keseimbangan ni, kau tak akan rasa terlalu kecewa bila orang sibuk, dan kau tak akan terlalu sunyi walaupun mereka tiada. Kau akan lebih tenang, lebih yakin, dan lebih menghargai hubungan dengan cara yang lebih sihat.

26 Januari 2025

Kalau nak meninggal, meninggal sekarang. Jangan meninggal selepas tu.

Ada banyak kes lelong. Rumah terpaksa dilelong sebab suami meninggal dunia. Selama ni rumah yang keluarga ini duduk, suaminya bayar ansuran. Isteri tak bekerja.

Tiba-tiba suami meninggal dunia. Isteri ingat, boleh duduk je rumah ni dengan anak-anak. 

Tapi, rupanya hutang rumah ni belum settle. Suami tak ambik mrta / mrtt yang cukup untuk baki hutang rumah.


Untuk yang belum jelas, mrta (insurans konvensional) atau mrtt (takaful) adalah perlindungan yang diambil oleh peminjam loan rumah untuk cover baki hutang rumah sekiranya meninggal dunia.

Let say loan ada lagi 10 tahun. Insurans atau takaful dah kira anggaran berapa baki hutang jika tinggal lagi 10 tahun. Baki hutang tu syarikat insurans atau takaful akan bayar.

Tapi disebabkan bank tak wajibkan peminjam ambil mrta / mrtt, ada ramai peminjam yang tak ada ambik perlindungan ni.

Ada juga yang ambik mrta untuk tempoh yang lebih pendek dari tempoh pinjaman.

Loan 30 tahun, tapi ambik mrta / mrtt cuma 15 tahun. Sebabnya? Kelayakan loan tak lepas kalau nak ambik amaun mrta / mrtt sampai 30 tahun.



Jadi, kalau nak meninggal, kena meninggal 15 tahun awal. Kalau meninggal lepas tu, nanti dah tak ada perlindungan baki hutang.

Tu yang kalau waris tak boleh bayar baki loan, rumah terlelong.

Jadi, apa solutionnya?

Caranya ambil hibah takaful untuk amaun pinjaman sepenuhnya. Jadi, apa-apa berlaku, kita ada cukup wang untuk waris gunakan bayar baki hutang.

Jika ada lebihan, bolehlah waris gunakan untuk keperluan lain.

Untuk dapatkan proposal percuma hibah takaful, boleh wassap saya ya.