14 September 2024

Cara elakkan suami taguna dapat harta kita bila meninggal dunia.

Suami yang berskandal dengan penyondol pun layak terima harta faraid kita.

***




Bila ambik hibbah takaful, kita boleh letak siapa sahaja sebagai penama pampasan yang akan diterima.

Sesiapa sahaja, berapa banyak pun percentage pun suka hati kita. Walaupun orang tu ahli keluarga kita yang bukan pewaris dalam faraid, mahupun orang tu bukan keluarga pun. Mungkin kawan, mungkin kembar kita atau mungkin bakal isteri baru.

Bila dah lantik penama, kita sebagai pemilik plan boleh je ubah penama tu. Mungkin dulu kita letak suami sebagai penama. Tapi bila dah kantoi dia ada affair dengan sang penyondol, buat apa nak beri wang pampasan kepada penerima sondolan kan.

Jadi, boleh je ubah bila-bila masa pun walaupun orang tu masih suami kita.




Harus ingat ya..  dalam faraid, selagi dia suami kita, dia tetap penerima harta kita. Walaupun dia ada skandal dan cheating kita.

Tapi dalam pembahagian harta secara hibbah, kita boleh tak bagi sesen pun.

Lebih adil.
Masa kita hidup, dia tak hargai kita kan.
Kita ada value.

13 September 2024

Cash is king. Betul ke selamanya king?

"Saya nak simpan duit je. Cash is king."
Yelah... Betullah.. memang cash is king.

Kalau disiplinkan diri simpan duit setiap bulan, masuk dalam ASB.. boleh makan dividen dan faedah yang compounding... Yang beranak-pinak.
Cuma tak ramai boleh disiplin.



Tu satu hal.
Kalau disiplin pun, katalah sebulan RM200. Setahun dapat lah RM2,400.
Dua tahun simpan, adalah RM4800. Ni kalau duit tu tak diusik dan saya tak masukkan faedah atau keuntungan dari simpanan tu.
Ia tindakan yang sangat bagus.  Terpuji.


Cuma hanya simpan cash tanpa ketepikan sedikit bajet tu untuk perlindungan takaful, agak berisiko.
Sebab bila apa-apa berlaku, bila pendapatan pun terjejas, wang simpanan tu akan habis dengan cepat. Jauh lebih cepat dari tempoh kita menyimpannya.

Tu sebabnya, dalam pendapatan kita, ketepikan at least 10% untuk perlindungan takaful atau insurans. Wang sedikit yang kita carum setiap bulan, boleh jadi berpuluh atau beratus kali ganda jika berlaku perkara yang kita tak mau berlaku.
Bayangkan kalau nak bayar road tax tak wajib ambil insurans kereta. Pasti ramai takkan ambik insurans tu kan.

Tapi bila sesuatu berlaku hingga kereta tu hilang atau terpaksa dilupuskan, kita akan terfikir... Kalau lah ada insurans.

Takaful atau insurans akan buat hati kita lebih tenang.
Itu yang kita mau kan... tenang tenang aja...