11 Mac 2019

Bagaimana bank menilai kelayakan pinjaman melalui akaun bank?


Nak sambung artikel lepas pasal peniaga online yang nak beli rumah.

Saya ada tulis, kalau berniaga sendiri dan nak beli rumah, masukkan semua duit perniagaan dalam akaun bank semasa, kena decare income tax banyak-banyak dan bayar cukai banyak untuk melayakkan kita mampu beli rumah.



Kemudian Firdaus Pay, seorang ex-auditor bank berkongsi bagaimana bank melihat pendapatan perniagaan dari akaun bank semasa mereka.






Saya kongsikan di sini


*******

Apa pemohon Self-Employed atau Sole-Proprietorship perlu tahu untuk mudah lulus pinjaman?

Pemohon "Self-Employed atau Partnership" akan dinilai berdasarkan transaksi kepada akaun semasa seperti :-

1. Purata bulanan transaksi sebelah kredit (deposit)

2. Purata bulanan transaksi sebelah debit (pengeluaran)

3. Purata baki hujung bulan akan semasa

4. Kejadian "cek tendang" untuk akaun semasa

5. Aliran wang tunai (net cash flow)

Pemohon "self-employed" biasanya akan dinilai melalui pegangan wang tunai (cash reserve) dan aliran wang tunai yang positif dan baik (positive net cash flow) untuk meyakinkan pihak bank bahawa pemohon mampu untuk membayar hutang pinjaman sepanjang tempoh pinjaman.

Kekuatan simpanan atau pelaburan (yang berbentuk "cash equivalent" juga akan di ambil-kira oleh pihak bank).

Sebagai contoh, pemohon yang tidak mempunyai "payslips" akan di nilai melalui penyata akaun simpanan atau akaun semasa pemohon untuk sesuatu masa (biasanya selama 6 bulan terakhir).

Pemohon akan mempunyai peluang yang yang lebih cerah untuk pinjaman di luluskan jika pemohon mempunyai akaun simpanan tetap (fixed deposit) yang banyak dengan bank tersebut.

Ini akan menunjukkan bahawa pemohon mempunyai kekuatan pegangan wang yang tinggi (high cash reserve).








*****

So, amacam?
Nampak lebih jelas macamana bank menilai kelayakan pinjaman anda melalui akaun bank semasa perniagaan anda?

Follow Firdaus Pay di Facebook
Follow saya di Facebook.