Dia minta saya bercakap mengenai Tips Beli Rumah.
Mula-mula saya ragu-ragu juga nak terima ke tak tawaran ni.
Sebab last saya muncul di Selamat Pagi Malaysia pada tahn 2015.
Sebelum saya accident dan buat pembedahan kepala.
Selepas accident, ada waktu saya tersalah menyebut perkataan atau tersalah sebut suku-kata.
Walaupun dah makin baik, tapi ada juga la tiba-tiba satu perkataan salah terkeluar.
Tahun 2018, saya ada terima jemputan juga tapi tarikh tu tak boleh.
Saya kena bawak kawan saya Normi ke hospital pula sebab masa tu dia patah kaki.
Tapi saya dapat bantu Kak Liza dapatkan pengganti.
Walaupun pengganti tu hensem dan tak comel macam saya, ok la juga kan...
Maknanya dah lebih 3 tahun saya tak masuk TV cerita pasal hartanah ni.
Neves juga.
Tapi fikir punya fikir, ok la.. kali ni saya terima tawaran tu.
Sesi saya sepatutnya jam 9.30 pagi.
Saya duduk Kajang, jadi kena gerak awal pagi kalau nak tiba di RTM dalam jam 8 ke 8.30 pagi.
Jem kan.. orang pergi kerja.
Nak selamat, kena keluar dari rumah jam 6.30 pagi. At least ada asa sejam setengah ke 2 jam untuk ke sana.
Kalau tak jem, 35-40 min sampai... huhuhu
Tapi saya terlewat pula.. jam 7 pagi baru keluar pintu rumah.
Risau juga ni.. nak tawakkal ke tak?
Tak senang hati, saya patah balik.
Masuk rumah semula, ambik helmet dan kunci motor.
Saya naik motor je... hahahaha
Done.... jam 8.02 pagi dah sampai.
Senang kalau naik motor. Parking tak pening
Kena touch up dulu, muka lisptik pun tak ada.. ahahaha
Tapi agaknya sebab saya dah ada dan ada perubahan pada program tu, jam 9 pagi saya dah diminta naik ke pentas SPM.
Lebih cepat dari jangkaan.
dan ni lah hasilnya...
Jemput tonton kat sini ya...
Harap perkongsian minah motor ni membantu korang ya..
Perempuan ini naiki motorsikal ke RTM dan muncul di Selamat Pagi Malaysia, bercerita tentang macamana nak beli rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan