salam saudari.
sy mengikuti penampilan saudari d tv1 pagi ini. penampilan saudari mencuit sy dan buat sy terfikir tentang keadaan sy.
sy adalah graduan sarjana tetapi tidak berkerja. skrg menjalankan bisnes online . sy sudah berkahwin dan anak perempuan 3. suami tidak berminat utk buat hibah atas harta nya dan sekiranya berlaku apa2 padanya hanya faraid spt biasa akan berlaku kpd sy dan 3 anak prempuan sy.
soalan sy :
1. sy buat bisnes online. dan sy simpan duit. adakah sy boleh beli rumah?
2. kalau boleh, apakah mungkin step saudari boleh list kan pada sy utk sy follow satu persatu?
maafkn sy jika msg mngnggu saudari. terima kasih utk masa n maklum blas.
****
Jawapan saya, harap membantu
1. Daftar perniagaan dengan ssm
2. bukak akaun semasa dengan bank
3.Setiap pendapatan perniagaan, masukkan dalam akaun bank. Kalau nak beli rumah, masukkan banyak-banyak.
4. Declare cukai selama dua tahun berturut-turut. Kalau nak beli rumah dan buat loan, declare income banyak dan bayar cukai sepatutnya mengikut kiraan dan penolakan cukai yang sepatutnya.
5. Ada dua tahun bukti bisnes beroperasi dan dua tahun declare cukai, boleh mohon untuk buat pinjaman. Tapi kelayakan pinjaman tu ikut berapa banyak income perniagaan tu la. Tu sebab kena declare banyak dan bayar cukai banyak kalau nak beli rumah.
Wajib ada: buku Kurangkan Cukai Secara Sah tulisan Rezduan Bakar yang saya terbit kan bawah Kasi Terbit.
Boleh dapatkan dari saya
Http://www.wassap.my/60123547636
Buku ni sangat penting kepada semua yang berniaga dan bekerja sendiri.
Tu sebab saya sanggup keluarkan modal terbitkan buku ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan