30 Mac 2017

Aaira atau Singapore: Peluh menitis-nitis

Sabtu baru-baru ni saya dan Normi ke Johor Bahru.

Ok, sebenarnya kami nak menyertai larian Sundown di Singapore. Tapi ada beberapa hal penting berlaku pada malam sabtu dan pagi Sabtu menyebabkan kami bergerak agak lewat dari Kajang,

Jalan pula jem teruk. Selalunya 3 jam setengah dah boleh sampai Johor Bahru. Tapi kali ni tak.. Perjalanan ambik masa dua kali ganda. Aduhai... Cuti sekolah dah nak habis rupanya. Esoknya budak-budak JB dah kena start ke sekolah balik. Tu yang jem betul.

Kami sampai di JB dah jam 8.30 malam. Nak ambik kunci homestay dulu. Larian bermula jam 12 tengah malam. Jadi, paling lewat kena berada di lokasi sebelum jam 11 malam.
Tapi 8.30 malam baru sampai di JB, mana sempat nak ke Singapore, cross border dan gerak ke lokasi naik pengangkutan awam.. Huhuhu

Jadi, oleh kerana tak sempat, kami berehat sahaja di JB. Menikmati homestay yang sangat best ni.. Wowww homestay ni memang sangat best.





Namanya Aaira Homestay.
Sebenarnya ia terletak di Sky Breeze Serviced Apartment. Lokasi di Bukit Indah, dekat je dengan link kedua kalau nak ke Singapore.

Kalau ikut lokasinya
--> 400 metres ke AEON Jusco Bukit Indah
--> 1.5 km ke TESCO Bukit Indah
--> 1.2 km ke 2nd LINK to Singapore
--> 8.7 km ke LEGOLAND, 12 mins driving
--> 10.3 km keSanrio Hello Kiity Town & Puteri Harbour Nusajaya
--> 11.2 km ke Danga Bay
--> 9.6 km ke Plaza ANGSANA
--> 13.8 km ke Johor Bahru city centre
--> Akses mudah ke Link kedua ke Singapore
--> Akses mudah ke Lebuhraya PLUS untuk ke Kuala Lumpur


Masa saya masuk je perkarangan serviced apartment ni, saya dah terasa grand nya. Lobinya memang elegan. Ada beberapa sofa untuk tetamu. Masa tu kami tak tahu lokasi parking lot untuk homestay ni, jadi kami park di tempat parking visitor dulu.

Kemudian, owner homestay yang baik dan ramah ni bawa kami masuk ke homestay.


Melangkah masuk je, saya rasa wahhhh... Sangat selesa, cantik dan luas. Ruang tamunya ada sofa, coffee table dan tv flat screen yang besar dengan karpet yang empuk. Dapat la saya berehat menonton tv dan siaran astro yang ada. Wifi pun ada mulai 1 April ini.





 


Tepi tu pulak ada balkoni. Bukak je sliding door balkoni, angin masuk dengan nyaman. Tak la panas walaupun saya cuma pasang kipas dan tak on aircond yang disediakan.

Kat tepi di ruang makan, ada meja makan. Owner siap letak beberapa botol air mineral sebagai complimentary. Bukan itu sahaja, kami masuk ke dapur dan terpesona dengan kabinet dapurnya yang cantik. Berkonsepkan kayu, rekaan kabinet ni memang menarik, selain sangat berguna untuk kita membancuh maggie dan minuman segera yang tuan rumah sediakan sebagai complimentary. Ehehehe.


Kat dapur ni ada peti ais, cerek air, pembakar roti, pinggan mangkuk dan cawan untuk kegunaan tetamu. Cuma dapur gas sahaja tidak disediakan supaya tiada isu memasak bahan yang tidak halal.






Aaira Homestay ni ada 3 bilik dan bilik air. Bilik utama memang luas. Siap dengan katil queen, bedside table, almari baju dan almari solek dengan karpet untuk keselesaan tetamu. Bilik master ada bilik air sendiri seperti biasa.







Bilik kedua ada dua katil single dan almari. Ada iron dan iron board juga.
Bilik ketiga ada satu katil single.





Setiap bilik ada aircond dan kipas. Jadi, tak risau la saya kalau panas. Boleh tidur pakai aircond kan.. Baru nyenyak...

Tilam tambahan juga disediakan di setiap bilik. Yelah.. Mungkin tetamu lebih ramai dan perlukan tilam tambahan ni untuk tidur.
Di setiap bilik air pula, ada pemanas air, mandian dan syampu. Macam saya ni, tak tahan mandi air sejuk. Jadi saya memang sangat suka bila ada pemanas air. Barulah boleh mandi dengan tenang dan berlama-lamaan sikit.



Saya tidur dengan nyenyak malam itu.. Keletihan sebab memang semalamnya saya baru balik dari trip Phuket dan Krabi dengan memandu kereta sendiri.

Esoknya saya dan Normi keluar sarapan di Bandar Uda. Selepas sarapan, kami balik ke homestay. Tapi badan saya letih betul... Saya sampai terlelap selama 4 jam di depan tv di atas karpet. Punyalah selesa karpet tu.. Sampai boleh nyenyak tergolek dok begitu sahaja.

Bila dah tersedar, jam dah pukul 3 petang. Kami keluar untuk lepak dengan kawan saya, Kak Salina. Borak dan makan sampai malam. Ehehehe...

Balik homestay layan Astro kat tv flat screen besar tu sampai mengantuk.

Hari ketiga kami mulakan hari dengan maggie dan teh complimentary. Lepas tu, mula la rasa nak bakar kalori. Kami ke tingkat 8 di mana kemudahan serviced apartment semua kat situ. Infiniti swimming pool dia cantik... Ada juga wading pool untuk kanak-kanak. Ada gym untuk berlari dan bersenam. Tapi kami pilih sauna dulu.






Yeahh.. Pertama kali sebenarnya saya masuk sauna begini. Memang jakun la... Tekan-tekan pada alat setting sauna tu, kemudian lepak duduk menung-menung merasakan kepanasan. Peluh menitik-menitik dari kepala sampai ke kaki. Tapi setengah jam je tahan. Terus keluar.

Badan dah panas, gi berendam kat swimming pool pulak.

Haaa... Sebenarnya ada peraturan. Kena pakai pakaian mandi yang betul. Tak boleh pakai tshirt dan seluar sukan tu. Kami haritu lupa bawak baju renang muslimah, jadi curi-curi pakai baju tshirt dan seluar dry fit. Nasib baik pak guard tak ronda.. Ahahaha... Jangan tiru aksi ini ya..








Tapi kalau fikir balik, ok la kan.. Tak dapat berlari di Singapore tapi dapat berenang setengah jam di kondo cantik. Ahaksss...

Dah puas bakar kalori barulah kami naik ke homestay semula, bersiap dan makan... Ambik kalori balik. Lapar sehh...

Kawan-kawan, kalau ada nak menginap di Johor Bahru satu keluarga, atau nak ke Legoland, atau nak jalan-jalan di Singapore tapi mencari penginapan yang lebih ekonomi , boleh la menginap di Aaira Homestay ni. Kadar sewa satu malam cuma RM280 tapi kalau sewa untuk 2 malam ke atas, owner boleh beri kadar RM250 untuk satu malam.

RM280 dapat rumah seluas ni.. Boleh lepak satu keluarga 5 - 8 orang.. Memang sesuai sangat la tu.

Kalau berminat, boleh tempah terus dari ownernya, Puan Akmam. 012-6797081.

Kalau dia tanya dapat tahu dari mana, bagitaulah Rohaniah bagi. heeee....


Boleh juga cari mereka di FB.
https://www.facebook.com/aairahomestay/?fref=ts

Sebelum balik, saya pas kunci rumah ke owner Homestay.
Jadi haritu tak la kami ke Singapore. Berehat di Aaira Homestay di Sky Breeze serviced apartment

Tiada ulasan: