Semalam
memang lejen.
Dua minggu lepas, admin Saya Backpacker dihubungi oleh pihak UTP. Mereka nak buat aktiviti talk dan jualan buku travel di Library mereka.
Mereka jemput kami untuk join dan beri talk mengenai backpacking.
Kami terima pelawaan ini.
Ia bermula semalam, 16 November 2016 - Jumaat 18 November 2016.
Saya diberikan slot talk semalam jam 10 pagi. Tajuk perkongsiannya Merancang Kewangan untuk Kembara.
Normi pula hari ni 17 Nov 2016 jam 10 pagi. Insya Allah beliau akan kongsikan mengenai solo kembara.
Sebenarnya ini kali pertama saya beri talk mengenai backpacking. Selalunya pasal hartanah kan..
Jadi neves juga.
Disebabkan banyak urusan kerja, dah jam 11 malam kelmarin baru saya start sediakan slide.
Buat punya buat, rupanya dah jam 4 pagi.
Alamak.. jam 5 pagi dah kena gerak ke UTP sebab sasaran kami nak sampai di sana dalam jam 8 lebih..
yelah.. nak setup booth dan talk jam 10 pagi.
Normi drive dulu. Saya lelap kejap.
Tapi disebabkan saya dan Normi tak tidur langsung, kami terpaksa juga berhenti di Rawang jam 6 pagi untuk lelapkan mata.
Jam 7.15 pagi baru saya sambung drive.
Melalui Batu Gajah yang penuh dengan kenangan, saya rasa macam kembali ke zaman saya belajar di UTP dulu.
Bezanya, dulu saya bawak motor Yamaha 80 lama.
Sekarang saya bawak kereta kebal yang dah berusia 9 tahun.
Jam 9.30 pagi baru kami tiba di simpang masuk UTP.
Sampai je kat pintu masuk UTP, security guard minta kami
berhenti kat tepi kejap. Kemudian ada kereta security escort kami ke
Library UTP.
Perghh
Lain macam perasaan kena escort masuk as VIP. Tapi segan pun ada sebab saya bawak kereta kebal yang catnya dah compang-camping.
Lepas bagi talk kami bergambar beramai-ramai. Kemudian Alin, staff kat sana ajak pergi makan tengahari. Makanan khas disediakan untuk kami.
Perghh
Lain macam perasaan kena escort masuk as VIP. Tapi segan pun ada sebab saya bawak kereta kebal yang catnya dah compang-camping.
Lepas bagi talk kami bergambar beramai-ramai. Kemudian Alin, staff kat sana ajak pergi makan tengahari. Makanan khas disediakan untuk kami.
Dahsyat habissss.
Bangga pula bekas student dilayan oleh UTP sebegini rupa.
Untuk kawan-kawan yang nak dapatkan buku travel yang saya terbitkan dan buku travel kawan-kawan, jemput datang ke Library UTP.
Ada buku Seoul dengan RM1400 Je?, Krabi, Kembara Afghanistan, Merentas Amerika, Advantura Pulang ke Malaya, 7 Benua, Menerjah Langit Eropah dan Travelog Perempuan Jalan Tun Razak.
Dan of kossss ada buku property juga.
Ada buku saya Beli Rumah Kababoom! dan Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya.
ada juga buku Wang Ada di Mana, Beli Rumah Kos Rendah, Makan Gaji Kaya Harta & Cemerlang Jiwa, Cinta Rumah Subsale dan Bijak Melabur Edisi Rmah Lelong.
1 ulasan:
Wah, teringin nak masuk UTP, belum pernah jejak kaki kat sana
tahniah sis ☺
p/s sis, susah betul nak lepas utk komen lepas klik *saya bukan robot* huhu
Catat Ulasan