Orang JB ada di mana weekend ni?
Jom lepak Plaza Angsana Jumaat sampai Ahad.
Ada Jom Cari Rumah di sana.
Ada banyak booth property yang baru
ada banyak booth bank untuk kita tanya pasal pinjaman perumahan
dan ada booth pasal program MyHome dan rumah mampu milik.
Tapi yang paling best adalah, ada perkongsian hartanah percuma dari hari Sabtu 15 hb sampai Ahad 16 hb Oktober 2016.
Percuma tau.. datang je..
Ada ramai speaker kat sini yang sudi datang jauh-jauh dari KL, Kajang, Damansara hatta Singapura untuk berkongsi dengan orang Johor.
ilmu mahal yang diberi percuma dan ehh.. kami tak pakai title PhD palsu.. opsss...
Insya Allah saya pun akan ada sekali.
Mana aci kan speaker lelaki je semua.
Ingat perempuan pun tak boleh beli rumah dan invest property ke..
kan.. kan.. kan...
Slot saya hari Sabtu jam 11 pagi. Boleh rujuk jadual penuh event di itinerary di bawah
Event kali ni double triple istimewa bagi saya kerana insya Allah selepas sesi saya, kita akan lancarkan buku terbaru saya, Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya...
zapppp zappppp!
Jom kita cari rumah di Jay Bee...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan