09 September 2016

Jom Cari Rumah di Pulau Pinang

Saya percaya sejak tengahari tadi banyak kereta berpusu-pusu masuk highway, balik kampung.
Orang yang asalnya utara ada, asalnya belah selatan, belah timur dan yang asalnya dari Sabah dan Sarawak.
Hmm.. dah nak raya haji rupanya.
Cuti 3 hari kan...

Jadi, ramai tak orang Penang balik raya haji ni?
Esok sampai Isnin dah ada di kampung kan..

Bukan apa, nak bagitau Sabtu, Ahad dan Isnin ni ada event Jom Cari Rumah di Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kami kawan-kawan dari KL datang ke Penang tau untuk kawan-kawan semua.
Haa.. ada yang datang dari Singapura pun ada.

Jom Cari Rumah ni satu event hartanah yang dibawa oleh Reconsult PLT.
Ada seminar hartanah, ada expo.
Jadi, sambil kami berkongsi mengenai hartanah, kawan-kawan boleh riki-riki projek perumahan baru yang ada booth di sana.
Masuk percuma sahaja.





Ada ramai speaker sepanjang berlangsungnya Jom Cari Rumah ni.
Ada Abang Abu, Chris Tan, Ishmael Ho, Mohd Ali Majis, Michael Geh, Khalil Adis, Jeevan Muniandy, Miichael Yeoh, Elane Goh, dan Kannan Rajaratnam.

Slot saya insya Allah pada Ahad ni 11 Sept jan 1.30 tengahari.
Tapi kalau nak jadual penuh event, boleh lihat di sini.



Insya Allah saya akan bawa buku Beli Rumah Kababoom! dan buku terbaru saya Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya pada hari Ahad ni nanti.
Jadi, kalau nak COD, boleh datang ke Sunway Carnival Mall tu ya..
Cari saya atau team saya di sana.

Ok Orang Penang
Kita jumpa nanti ya....

Jom Cari Rumah...

Tiada ulasan: