20 Ogos 2016

11 Langkah Mudah Beli Rumah

Semalam saya dan Normi bina satu FB page khas untuk jual beli dan sewa rumah.
Namanya FB Page Nak Beli Rumah.
 
Kiranya deal cun-cun kami akan kongsikan di situ
Tips kababoom beli rumah pun akan ada.

Jadi sebagai pembukaan, saya tulis artikel yang merupakan panduan asas dan paling penting untuk beli rumah.
Untuk pembaca blog saya, saya kongsikan artikel tu di sini.
Tapi jemput like FB Page Nak Beli Rumah ni ya.. Buat see first
;)




11 Langkah Mudah Beli Rumah

***************************************

Susah ke beli rumah?

Sebenarnya mudah je kalau kena jurus dan teknik nya.

Meh kami kongsikan langkah demi langkah macamana nak beli rumah.

1. Cek kelayakan pinjaman anda. Tanya banker atau agen rumah yang anda kenal

2. Cek berapa modal yang anda ada. Kalau beli rumah subsale, deposit kena ada 10% dari harga jual, kecuali owner setuju kurangkan deposit ke amaun yang lebih kecik dan rumah tu pun dijual lebih rendah dari harga pasaran.

Tapi tengok la.. kalau rumah dia senang jual, dia pilih buyer yang ada 10% deposit. Kalau rumah dia lambat jual, boleh lah bincang dan nego.

3. Tengok rumah yang kita berkenan di lokasi yang kita mahu pada bajet harga yang sesuai.

4. Kalau serius berkenan, baru cuba nego harga, nego deposit dan lain-lain terma.

5. Bayar booking 3.18% dari harga jual, sebagai tanda jadi.

6. Sediakan dokumen dan mohon pinjaman dari bank. Kami sebagai agent boleh bantu dan uruskan.

7. Bila loan dah lulus, lantik peguam untuk sediakan perjanjian jual beli (SPA) dan dokumen lain berkaitan.

8. Tandatangan surat tawaran pinjaman jual beli yang bank sediakan. Pastikan faham terma dalam surat tawaran tersebut.

9. Tandatangan SPA dan bayar baki deposit sebanyak 6.82% untuk cukupkan 10% deposit.

10. Tunggu peguam uruskan proses pertukaran hakmilik dan bayaran dari bank. Follow up selalu untuk tahu progress.

11. Bila bayaran penuh dah dikeluarkan oleh bank anda dan hakmiilk dah bertukar, penyerahan kunci atau vacant posession akan berlaku. Selamat menjadi tuan rumah!

Untuk membeli atau menjual rumah di Lembah Klang, boleh hubungi kami.Rohaniah Noor 0123547636 atau Normi NAS 0175848166

Tiada ulasan: