11 April 2016

Talk percuma Shah Alam 2 tahun 2016 : kita jumpa juga nanti ya

29 November 2015 tahun lepas saya sepatutnya beri talk hartanah di Shah Alam 2
Boleh baca posting saya sebelum ni DI SINI.

Tetapi sehari sebelum talk ni saya mengalami kemalangan motorsikal sehingga ada pendarahan di kepala dan kepala saya dibedah.
Jadi talk event ni terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum pasti.

Kesian pihak penganjur iaitu IJM.
Saya dimaklumkan mereka telefon setiap peserta beritahu event ni cancel 
Maaf banyak-banyak menyusahkan pihak IJM dan peserta.
Saya pun tak mahu kemalangan teruk begini.

Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan saya berehat, insya Allah saya dah semakin sihat dan boleh beri talk semula macam sebelum ini.

Jadi, kita akan ulang semula event property talk yang penuh dengan peserta ini.

Insya Allah, Ceramah Hartanah 2016 akan diadakan pada
07 Mei 2016 Sabtu
bertempat di Galeri Jualan Shah Alam 2



Tapi kali ni saya tidak keseorangan.
Saya dan seorang lagi speaker cool dan femes, Khairul Ezuwan atau nama glemernya KEY akan berkongsi kepada semua yang hadir.



Insya Allah kami akan cover topik seperti:
- Strategi ASB mengurangkan kos profit bank pada pembiayaan perumahan.
- Pemilikan rumah di usia muda.
- Kenali keistimewaan Bandar Puncak Alam.
- Jangan beli rumah sekarang, yek ke?
- Apa kelebihan membeli rumah di perbandaran yang baru?
- Rumah Teres Vs pangsapuri?








Event bermula pada jam 11.30 pagi, kemudian ada jamuan makan tengah hari dan kemudiannya sesi saya.



Jadual penuh:

11pg-12.30tgh
Khairul Ezuwan
ASB Genius,
Bijak Kewangan dan Hartanah

2ptg - 3.30ptg
Rohaniah Noor
Pelatih blogger dan perundingan
hartanah

Saya ingatkan semula, sesi ini adalah PERCUMA
tapi ia hanya terhad kepada 50 peserta pertama yang mendaftar online sahaja.

Jadi, kalau berminat, kawan-kawan kena RSVP sebelum 30 April 2016!
Boleh klik Disini : http://buff.ly/1YSLHKd

eh jap...

untuk 30 pendaftar terawal, ada pulak free ebook yang terpanas di Malaysia/
Set Kombo ASB Genius & Hartanah,
7 Ebooks & 9 videos!



Ok. kita jumpa nanti ya...
Talk event Shah Alam 2 dibawakan oleh IJM Land.

Tiada ulasan: