31 Oktober 2015

Shah Alam 2 mengulang kejayaan Seremban 2?

Teruja saya mendengar yang IJM akan membangunkan Shah Alam 2
Wow.. wow... teringat kejayaan Seremban 2.

Shah Alam 2 sebenarnya kat Puncak Alam.
Dasyat juga tempat ni nanti.
Kalau tengok allocation tanah, 51% untuk rumah kediaman.
3% untuk lot komersial
46% untuk institut pendidikan dan insfrastruktur.



Hoho..
bayangkan ada 3 IPT di kawasan tu yang sedang dirancang dan dah sedia ada.
satu kampus Universiti Industri Selangor, satu kampus universiti teknikal Malaysia - Jepun dan satu lagi kampus UiTM yang dah siap ni.

Perghh...



Dari segi accessibility pulak, nampak Shah Alam 2 ada akses yang mudah ke jaringan beberapa highway.
Antara highwaynya:
(1) Persiaran Mokhtar Dahari
(2) North Klang Valley Expressway (NKVE)
(3) ELITE Expressway
(4) KESAS Expressway
(5) Federal Highway
(6) Guthrie Corridor Expressway
(7) LATAR Expressway
(8) Proposed Damansara - Shah Alam Highway (DASH)

Lagi satu, kat sana ada Tesco dan McDonalds.
Kalau dulu, orang kata lokasi lokasi lokasi kan.
Sekarang ni, kalau nak beli untuk capital appreciation, boleh follow McDonalds.
Biasanya kalau dia ada buka cawangan, kawasan tu mesti akan naik dengan gempak gempita.

Kalau betul macamtu, nampak potensi Shah Alam 2 ni memang besar.

Dengarnya ada projek apartment baru nak dilancarkan tak lama lagi di sana.
Danau Perintis namanya.
Harga bermula dar RM347K untuk keluasan 889 sqft.
3 bilik dan 2 bilik air.




Wahhh..
Nampak macam good buy.
Untuk apartment berkeluasan 889sqft, harga ni memang cun dan mampu milik.
Yelah.. biasanya harga macam ni untuk studio unit dalam 450 sqft je..
ni dapat 889 sqft siap 3 bilik dan 3 bilik air lagi.

Woww.. woww.. nampaknya peminat Puncak Alam atau siapa yang nak membeli rumah di sekitar sini, boleh follow rapat perkembangan projek ni.
Harga yang mampu milik, pemaju reputasi tinggi, lokasi yang berpotensi besar.






Mampukah Shah Alam 2 menulang kejayaan Seremban 2?
Atau lebih hebat lagi?

Boleh call 03-33933103 untuk maklumat lanjut ya.

Mari kita lihat dan invest!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Saya dh booking danau perintis tu...dia akan siap dlm thn 2019...mcm mne market value utk sewa area situ ye...mntak pendapat

Ida berkata...

Salam, saya ada bertanyakan ejen yang jual danau perintis. Katanya, flat yang berhampiran pun sewa dalam RM1000 kepada students UITM. Insya-Allah, sewa utk danau perintis maybe boleh tinggilah, sebabnya ada fasiliti kondominium. Saya pun ada beli kat sana, loan pun, Alhamdulillah dah approved.