Siang tadi saya ke pejabat jualan Sky Awani di Ampang.
Melihat model dan berbincang mengenai majlis penerangan projek rumah mampu milik ini yang akan diadakan pada hari Ahad nanti.
Haah.. ahad ini saya akan anjurkan majlis penerangan projek ini buat semua yang telah mendaftarkan nama mereka menyatakan minat untuk mendapatkan rumah ini.
Sky Awani
Ia merupakan rumah mampu milik di bawah projek RUMAWIP, kelolaan DBKL.
Nama pemajunya SkyWorld.
Projek ini berlokasi di Sentul.
Kalau yang familiar dengan Sentul tu, Sky Awani ni tepi jalan besar Pasar Sentul. Terus lagi nanti akan jumpa Petronas belah kiri dan kondominium 1Sentul.
Haa. depan sikit lagi, dia belah kanan.
Rumah ni saiznya 800 sqft, 3 bilik 2 bilik air. Kira selesa lah untuk tinggal dengan keluarga yang sederhana.
Walaupun rumah mampu milik, tapi kemudahannya ala kondominium. Ada swimming pool infiniti, gelanggang takraw, gelanggang badminton, gelanggang futsal / bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, dewan pelbagai guna, ruangan BBQ dan surau.
Lokasi pulak, dekat dangat dengan pusat bandar KLCC, 3 km dari stesen komuter Kg Batu, 4 km dari stesen LRT Sentul Timur, 4 km dari stesen KTM Sentul dan 4.5km dari stesen LRT Sentul.
Kiranya, tak ada masalah pengangkutan awam. Senang nak ke mana-mana.
Oleh kerana ini projek mampu milik ,ia terbuka untuk mereka yang:
- berumur 21 tahun ke atas
- pendapatan isirumah RM10K ke bawah
- tinggal atau bekerja di KL dah lebih 3 tahun (hmm.. yang penting pakai alamat KL)
- Tak boleh jual sebelum 10 tahun dari tarikh SPA.
Harga cuma RM300K sahaja, iaitu bersamaan dengan RM374 per sqft. Memang murah harga ni.
Sebab harga kondominium di sekitar harganya sudah lebih RM600 per sqft.
Beza banyak kan..
Untuk booking, deposit RM15K diperlukan.
Kalau Berminat boleh daftar nama anda di http://bit.ly/skyawani
Kalau tak sempat dipanggil untuk sesi ahad ini, kami panggil untuk sesi seterusnya pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan