Mereka ni bermula dari bawah. Dari perniagaan di rumah hinggalah ke berkongsi pejabat dengan kawan-kawan. Setiap syarikat ada bilik sendiri. Ruang di luar bilik untuk kegunaan bersama.
Humble, jimat kos tapi tak mengecilkan impian dan operasi perniagaan mereka.
Alhamdulillah perniagaan semakin rancak dan membesar, mereka perlukan pejabat yang lebih luas. Itu yang mereka mencari dan survey di mana sesuai untuk dijadikan pejabat baru.
Encik usahawan, puan usahawan dan saya pun melihat dua unit SOHO di situ, dengan ditemani agen.
Satu unit dalam 800++ sqft. Sewa dalam RM2500.
Satu unit lagi dalam 900++ sqft. Sewa dalam RM2600.
Setiap unit siap dengan laminated floor, lighting, aircond, blind serta di dapur atau pantrinya siap-siap ada kabinet dapur, hob, hood, sink, peti ais dan microwave oven. Cantik, kemas, mewah.
Sementara tuan usahawan meninjau-ninjau sekeliling, puan usahawan bercerita kepada saya.
Mereka dilema juga.
Mereka ada juga tengok satu unit pejabat di bangunan kedai pejabat 3 tingkat.
Di kawasan yang sama. Tak jauh dari pejabat sekarang.
Yang pejabat tu luas lebih besar. 20x70 kan. So 1400 sqft.
Sewa RM2000 tapi kosong lah. Lampu, karpet, aircond semua tak ada.
Kalau nak sewa unit ni, kena buat renovation dulu.
Berbanding unit SOHO ni, tinggal angkat masuk meja, kerusi dan kelengkapan sahaja.
Tapi lebih kecil.
Memandangkan lokasinya sama, cuma bangunan berbeza, jadi soal lokasi dah boleh tolak tepi.
Saya tanyakan kepada puan usahawan. Kalau buat renovation, agak-agak berapa kosnya?
Puan usahawan jawab, paling-paling pun RM40,000.
Baik, mari kita tengok berapa lama kos reno tu boleh cover semula berbanding sewa SOHO yang tak perlu renovation.
Sewa soho = 2500 ( ambil unit yang 800++ sqft untuk pengiraan)
Sewa unit pejabat = 2000
Beza = 2500 - 2000 = RM500.
Kos renovation = 40,000
40,000 ÷ 500 = 80
Bermakna, kalau sewa unit pejabat berbanding soho, ia memerlukan kos permulaan yang lebih besar yang mana beza sewa untuk bulan ke 80 baru boleh cover.
80 bulan bersamaan dengan 6 tahun lebih.
Jadi, nak sewa lebih tinggi sedikit tapi tak ada kos renovation
Atau
Nak sewa murah tapi kos reno yang lebih 6 tahun baru boleh cover?
Saya rasa puan usahawan dah ada jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan