15 Jun 2015

Pasangan bahagia terpaksa buat joint loan. Lepas tu macamana?

Sabtu baru-baru ni saya bertemu dengan seorang owner di Cyberjaya. Beliau nak sewakan rumahnya yang baru dapat kunci.

Pasangan suami isteri yang bahagia. Anak seorang.

Seronok berjumpa mereka. Ini rumah kedua mereka. Rumah pertama adalah rumah yang mereka duduk.

Oleh kerana rumah pertama yang mereka beli tu untuk duduk, ia tak memberi mereka aliran wang masuk. Jadi, untuk rumah kedua, guna income seorang tak cukup melayakkan dapat pinjaman. Jadi, terpaksa buat joint loan.

Pada asasnya saya kurang galakkan guna joint loan sebab rugi kuota loan 90%. Nanti dua-dua suami dan isteri dan ada 2 rumah.

Bila nak beli rumah seterusnya, jadi 70% loan je.

Tapi kalau dah cuba mohon pelbagai bank dan tak lepas juga bila seorang,  buat je la dulu  joint loan.

Itu lebih baik dari langsung stuck tak dapat tambah aset.

Lepas ni baru kita fikir macamana nak releasekan satu nama. Gaji mungkin naik kan.. jadi boleh la refinance di masa depan.

Masa refinance tu pakai lah satu nama je.  Tutup baki hutang loan lama tu.

Jadi, satu nama akan release. Boleh pecut balik



Gambar: The Heron, Puchong nak jual. 1260 sqft. 3 + 1 bilik, 2 bilik air.
Nak jual 430K, Market value 450K.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Tak byk bank bole bagi loan seorang jk snp 2 nama

Tanpa Nama berkata...

Salam Aidil Fitri RN,
Kami bercadang nak beli 3 apartment 100k under con di Seri Kembangan. Pemaju hanya membenarkan kuota 1 utk isteri, 1 utk suami dan 1 joint suami isteri. Persoalan saya,untuk rumah joint tu nak letak nama isteri dulu utk utilize 90%, saya sekadar tumpang nama sahaja kerana hanya layak 70%. Bolehkah bank luluskan 90% utk isteri. Isteri belum pernah miliki sebarang rumah, manakala saya sudah miliki 4 buah rumah. Terima kasih