Ada orang tanya saya, patut ke tunda beli rumah subsale disebabkan GST?
Pertamanya kena faham. Harga rumah yang dijual tidak dikenakan GST. Tak kiralah beli rumah under construction atau subsale.
Cuma kalau rumah under con ni, kos bahan binaan dikenakan GST. Tapi pemaju tak boleh kutip balik GST dari pembeli sebab kerajaan dah tetapkan ia sebagai pengecualian GST. Bagaimana pemaju nak cover GST yang mereka bayar semasa beli bahan binaan, itu isu lain.
Sekarang, untuk rumah subsale memang tak ada GST dari harga jualan rumah. Yang ada hanya GST dari perkhidmatan guaman. Itu sebelum ni pun dah ada cukai. Cuma dulu cukai perkhidmatan. Kadarnya sama juga 6%.
Kalau yang jual rumah melalui agen hartanah atau real estate negotiator berdaftar, itu pun kena GST 6%. Tapi sebelum ni pun memang dah ada cukai perkhidmatan 6%. Jadi, sama je.
Jadi, untuk beli rumah subsale lepas GST bagi saya tak ada kesan secara langsung pun. Sama je.
Kesan jangka panjang mungkin ada bila harga hartanah under construction di situ naik jika pemaju nak serapkan bayaran GST dalam harga rumah. Biasanya harga perkaki persegi rumah subsale akan naik sedikit mengikut kenaikan harga perkaki persegi rumah under con. Tapi ini jangka panjang la.. Tak nampak dalam 6 bulan ni lagi.
Oleh itu, boleh beli rumah subsale tak sekarang ni selepas GST dilaksanakan? Jawapan saya boleh.. Beli lah jika harganya betul dan hartanah itu menepati objektif anda membeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan