Soalan biasa yang saya terima.
Bagaimana nak beli rumah?
Jawapannya
1) semak kelayakan maksima pinjaman dengan pihak bank
2) semak berapa modal yang ada untuk bayar deposit, caj guaman dan kos penilaian hartanah
3) cari rumah yang dijual dengan harga menepati bajet di atas
4) bayar booking. Kalau subsale, biasanya 3% dari harga jualan. Kalau under con, bergantung pada pakej pemaju
5) mohon pinjaman sampai lulus
6)lantik peguam
7) bayar baki deposit untuk cukupkan 10% dan tandatangan perjanjian jual beli.
8) follow up dengan peguam untuk urusan seterusnya sampai dapat kunci.
Prosedur ini sama sahaja bagi rumah pertama atau rumah ke 37 sekalipun.
Ok?
1 ulasan:
kalau seller tak guna agent booking 3% bayar pada sapa. kalau bayar pada lawyer tak perlu duit booking la kan terus aje bayar 10% deposit.
Catat Ulasan