"Tak kira!
saya nak juga beli rumah tu walaupun tak boleh buat direct transfer."
- pembeli A
"Alamak.. saya suka rumah tu.. dah berkenan habislah! Tapi peguam kata kena tunggu lama pulak...Macamana ni.."
- Pembeli B
Saya nak sambung mengenai penjual yang melengahkan buat perfection.
Saya tulis sebelum ini DI SINI.
Macamana kalau kita pula di pihak pembeli?
Nak beli rumah tapi bila dah bayar booking baru tahu yang rumah tu belum buat perfection dan pemaju tak mahu buat direct transfer.
Peguam kita pula cakap, kena tunggu 9 bulan ke setahun setengah baru dapat kunci.
9 bulan tu macam agak miracle la sebenarnya..
sila letak dalam kepala, setahun setengah ya.
Jadi, apa perlu anda lakukan?
Sebagai pembeli, ada perkara positif juga jika ini berlaku.
Bayangkan anda dapat kunci lagi setahun setengah. Tapi beli dengan harga lama.
Jadi, bila dapat kunci je, harga rumah tu dah naik beberapa puluh ribu dah.
Heaven juga kan,. hanya perlu sabar je.
Tapi nak sabar menunggu sedangkan duit dah sangkut kat situ.. rugi juga.
saya cadangkan, apa kata cadang satu jalan tengah yang win-win situation.
kadang-kadang orang yang nak jual rumah ni, dia memang dah kosongkan dah rumah tu.
sebab lebih mudah jual rumah yang kosong berbanding rumah bersewa.
Jadi, apa kata berbincang dengan penjual.
Oleh kerana kita mungkin akan dapat kunci lagi setahun setengah dan aliran wang tak masuk, apa kata mohon dengan tuan rumah sewakan rumah tu kepada kita dengan harga murah.
sewa sementara proses jual beli selesai
kalau harga sewa pasaran dalam rm1000, minta la sewakan kat kita dalam rm700 ke.
berbincang baik-baik dengannya, dari dia bayar ansuran bank saja-saja selama setahun setengah ni, baik jugalah dia dapat juga bayaran sewa walaupun lebih murah dari harga pasaran.
Dah dapat sewa tu, bolehlah anda duduk di rumah tu dulu atau sewakan semula.
tapi kalau nak sewakan semula tu, kena terus teranglah beritahu penjual ya.
Penjual dan pembeli masing-masing manusia biasa je.
Semua perkara boleh bincang.
Cuma untuk melindungi diri dari sebarang masalah, jangan buat sebarang ubahsuai besar dan kekal.
Jangan la memandai pasang kabinet dapur ke.. tukar pintu ke.. tukar tiles ke.. pecah dinding kasi besar ke..
sebab proses pertukaran hakmilik belum selesai.
Kalau ada apa-apa masalah dalam proses pertukaran hakmilik tu nanti, sekurang-kurangnya anda belu berhabis duit lagi untuk rumah tu.
Jadi, kalau nak juga beli rumah yang belum buat perfection dan tak boleh direct transfer, anda tahu apa yang anda kena jangka
dan tahu bagaimana untuk ada situasi win-win dengan penjual ya.
1 ulasan:
Memang itu yang akak buat seka
rang....rumah yg dibeli masih belum selesai hal pusaka. Akak push srh owner keluarkan penyewa masa tu sebab akak nk sewa....hehe...depost lak nasib baik baru bayar 5%..lagi selamat...
Catat Ulasan