12 Februari 2015

Jerat maut kelayakan baru pinjaman

Saya nak sambung artikel terdahulu saya DI SINI mengenai kenaikan kelayakan pinjaman kerajaan.

Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.
Air liur mula meleleh...
hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.

Apa lagi.. gelojak jiwa membara!

Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.
Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.

Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.
Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.

Katakan  Malik, seorang kakitangan awam berjawatan pembantu tadbir gred N17 berumur 30 tahun ingin membeli sebuah rumah berharga RM320K dari pasaran subsale.
Beliau ingin membuat pinjaman penuh 100% untuk tempoh 30 tahun.
Beliau pilih insurans MRTA dari Etiqa.

Nak tahu anggaran bayaran balik, beliau beliau gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman yang disediakan di laman web BPP.

Key in maklumat yang diperlukan.


Hasilnya bayaran ansuran bulanan dijangka RM 1,597.55



Ini bermakna sekiranya Malik beli rumah yang berharga RM320K ni, bayaran ansurannya adalah sebanyak RM RM 1,597.55 sebulan.



Mari kita kira berapa Debt Service Rationya.

Gaji asas Malik tadi adalah RM2K sahaja. Tambah dengan elaun tetap lebih kurang RM595
Gaji gaji tetapnya adalah RM 2596

Andaikan Malik tak ada hutang lain kecuali pinjaman perumahan kerajaan ini, kadar DSRnya adalah:

DSR = (komitmen bulanan / pendapatan) x 100

DSR = (1,597.55/2595) x 100
         = 61.6%

Wowww.. Nisbah bayaran hutangnya sudah melebihi 61%.
ni baru pinjaman perumahan tu je.

Kalau dia ada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau kad kredit?

Bayangkan kalau dia ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM400, komitmennya jadi RM400 + RM1,597.55
= RM1997.55

DSR = (1,997.55/2595) x 100
         = 77%

wowowwww....

77% wang gajinya hanya untuk bayar hutang!




Mana duit untuk makan?
Mana duit untuk minyak kereta?
Mana duit untuk tol?
Mana duit untuk simpanan?
Mana duit untuk perbelanjaan keluarga?

Nampak tak bahayanya buat pinjaman kerajaan mengikut kelayakan maksima ini?

Pada akhirnya, kakitangan awam yang terikut-ikut trend ini akan makin tertekan kerana menanggung gaya hidup yang mereka sebenarnya tak layak.
Mereka layak buat pinjaman sebanyak itu,tapi mereka belum layak untuk tinggal di rumah semahal itu.

Hidup di bawah kemampuan.
Ini kata kuncinya, saya ulang sekali lagi.

Kecuali!

Kecuali mereka beli untuk disewakan. Bayar bulanan RM1,597.55 tapi rumah tu disewakan pada kadar sewa RM 2K sebulan.
Haa.. yang ni baru kena.

Mereka duduk menyewa atau duduk di kuarters sahaja dengan bayaran yang lebih kecil.

4 ulasan:

zidlan berkata...

Gaji tak naik tapi kelayakan boleh naik. Hutang dah lebih 60% pun boleh meminjam. Bahagian Pinjaman Perumahan bukan mau tolong tapi mau jadi along!!!!

Unknown berkata...

Kelayakan naik adalah satu perkara positif.

Cuma penjawat awam perlu lebih cerdik untuk menggunakannya.

Contoh yang penulis buat sangat bagus iaitu kita sewakan rumah tersebut dan cari rumah yang lebih kecil untuk tinggal.

Satu langkah bijak dan hensem. :)

khairi abdul rahim berkata...

tapi itu secara asasnya sahaja....kelulusan masih lagi terletak pada ketua jabatan/superior untuk lihat kemampuan.....ada DSR yang perlu dilihat dan dibuktikan kepada superior...biasanya takkan dapat 100% pun kalau dilihat tidak mampu... ^^

Unknown berkata...

TAWARAN TAHUN BARU !!!
Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau anda menolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab-sebab? Anda mempunyai tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Clara Pinjaman Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan sebanyak 1.5% pada tahun ini akhir kami tawaran tahun. Sila hubungi kami melalui e-mel di sini pada Claraloan@financier.com

Data pemohon:

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negara:
5) Jenis Kelamin:
6) Status perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor telefon:
9) Kedudukan masa ini di tempat kerja:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan pinjaman:
14) agama:
15) Adakah anda memohon sebelum ini;
16) Tarikh lahir;

Terima kasih
Clara.