Perasan tak yang sesama kita kalau mohon pinjaman, akan ditawarkan kadar faedah yang berbeza?
Walaupun dari bank yang sama.
Ada yang dapat lebih murah Ada yang dapat lebih tinggi.
Kenapa jadi begitu?
Jawapannya kerana darjat sesama kita tak sama.
Ohoooo! Jangan salah faham. Ini bukan filem antara dua darjat P. Ramlee dan Saadiah.
Ini kisah dua darjat peminjam yang profilenya berbeza.
En Jamil seorang eksekutif muda.
Mahu membeli sebuah apartment kos sederhana pada harga RM 120K.
Beliau ke bank berwarna biru muda dan memohon pinjaman.
Akhirnya bank luluskan pinjamannya dengan kadar pinjaman 5.05%.
En Sazali pula seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka.
Beliau mahu membeli sebuah rumah teres berharga RM480K.
Jadi beliau juga pergi ke bank berwarna biru dan memohon pinjaman.
Pinjamannya diluluskan pada kadar 4.65%.
******************
Pipit masakan sama dengan enggang
******************
Kadar faedah memang berbeza bergantung pada amaun pinjaman.
Lagi besar amaun pinjaman, lagi bank suka.
Sebab keuntungan bank lebih besar.
Bank orang berniaga.
Uruskan pinjaman harga RM100K dan pinjaman harga RM500K, perosedurnya sama je.
Jumlah tenaga kerja dan masa yang diperlukan untuk memprosesnya juga sama.
Tapi pulangan kepada bank berbeza.
Itu sebab bank suka pinjaman tahap enggang.
Bank suka sampai dia bodek peminjam dan beri kadar faedah lebih murah.
Kalau tak tawarkan kadar faedah yang menarik, nanti en Sazali lari ke bank warna kuning.
Bank biru gigit jari.
Kuasa persaingan di sini.
Tapi untuk pinjaman yang cuma RM120K, proses sama macam pinjaman yang lain, bank terpaksa naikkan sikit kadar faedah.
Barulah boleh untung lebih sikit walaaupun tak la untung besar mana.
Jadi, jangan sekadar tanya bank mana yang bagi kadar faedah murah.
Tapi tengok dulu berapa amaun pinjaman yang kita nak pohon.
Tahap enggang ke.. tahap pipit?
Tahap bank kenyang perut suka hati ke atau sekadar buat celah gigi?
Kredit foto: http://ift.tt/1xGUWyW
#hackerpelaburanhartanah
Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1zBgC50

Tiada ulasan:
Catat Ulasan