26 Disember 2014

Matang dan senang ke mana-mana

Tempoh hari saya ke Rahang, berhampiran dengan Seremban dan Senawang.
Boleh dikatakan di tengah-tengah Seremban dan Senawang lah.

Sebenarnya saya pernah ke sana sebelum ni masa survey kedai untuk satu projek kawan dulu.
saya suka kawasan ni.
kawasan matang, bukan kawasan baru.
Dah ada banyak projek perumahan lama di sini.

Dijangkakan ada lebih kurang 40,000 penduduk di Senawang.
Senawang ni kawasan Melayu
Cuma Rahang setakat ini lebih ramai chinese.
Seremban pula lebih mixed kan..

Ada kawasan industri
Ada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina.
ada hypermarket seperti Econsave, Aeon Big, Giant dan tak lama lagu dengarnya Mydin pun nak datang sini.

Satu lagi yang best adalah dekat dengan exit tol.
Nak ke highway atau keluar dari highway, ada exit tol dalam lebih kurang 1 jam sahaja dari situ.
Tak perlu ke exit tol Seremban, nanti jem.



Kalau nak naik komuter, tak jauh dari situ ada stesen Komuter Senawang.
cun..

Jadi, baru-baru ni saya ke sana lagi, saya nampak Rahang masih dengan identitinya.

Rupanya ada projek baru di sana.
IJM tengah bina projek perumahan landed baru, namanya Seri Binjai @ Rahang.



Projek ni gated and guarded.
Pembinaan tengah rancak. Bangunannya dah nampak dah.
Design cantik juga.




Saya berpandangan projek ni sesuai untuk penduduk sekitar Seremban, Negeri Sembilan, Nilai dan sekitar yang mahu memiliki rumah sendiri atau nak upgrade.
Projek ni memang tepi jalan je
Senang nak akses dari Jalan Tok Ungku,  Jalan Tampin Lama and Jalan Loop.

Jadi dengan lokasi yang dekat dengan pengangkutan awam, highway, dekat pula dengan rumah keluarga di sekitar.. membuatkan lokasi ni ada banyak plus point.
Oh ya... ia juga freehold!

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya nak apply rumah untuk kali pertama..mcmna