07 Disember 2014

kat Johor pun ada rumah bayar 2K sahaja

Semalam saya berkongsi mengenai kebaikan dan peluang pelaburan hartanah under construction.
Antara yang bestnya bila beli rumah under con ini adalah boleh beli rumah dengan modal yang rendah.
Nak beli rumah yang berharga rm400K misalnya, cuma perlu bayar 1% sahaja.
Bukan 10%
Bukan 100% macam beli saham dan emas.

Maknanya, bayar RM 4K sahaja untuk miliki rumah berharga RM 400K.
Tak cool ke tu?

Tak semua developer tawarkan projek begini.
Kena survey, kena tanya pemaju berapa deposit yang diperlukan jika nak beli rumah tu.
Kalau di Kajang, antara contoh rumah yang boleh dibeli dengan modal 1% adalah PROJEK INI.

Hari ini saya cuba ronda-ronda booth projek hartanah baru di Iskarnival ini.
Nak tengok ada tak projek baru di sini yang boleh dibeli dengan modal yang rendah.

ronda... ronda... tanya... tanya..

Jeng Jeng!
saya jumpa projek ini.

Seri Austin Residence di Wilayah Iskandar Malaysia.
Pemaju UM Land.



Saya dimaklumkan jika pembeli bumiputra, ada diskaun bumi 15%
Mereka akan tolak diskaun tu dari harga jualan siap-siap,
Kemudian baru masukkan harga lepas diskaun tu dalam spa.

Tapi ada satu lagi pilihan, beli international lot.
Saya difahamkan, pembeli bumi boleh beli unit international.
Diskaun 10% sahaja.
Dan harga di SPA adalah harga sebelum diskaun.
Jadi, kalau dapat pinjaman 90%, pembeli hanya perlu bayar booking RM 2K sahaja.
Tak perlu bayar apa-apa lagi dah.

Harga rumah bermula dari RM 220K untuk unit 1 bilik tidur seluas 661 sqft.
Untuk unit 2 bilik, harga lebih kurang RM 350K.

Loacation wise ok ke tak, saya tak sure sebab saya tak familiar sangat dengan Johor Bahru.
Tapi ia freehold.

JAdi kepada pelabur dan pembeli hartanah di JB, mungkin boleh kaji lebih mengenai projek ini.
Kalau nak maklumat lanjut, boeh hubungi Christina Chan 016-7218688
atau layari laman web projek ini DI SINI.

Pesanan saya sebelum tamatkan perkongsian saya semalam,
"Orang tak ada duit, kita beli property cara orang tak ada duit. Yang penting tetap boleh buat untung."


Tiada ulasan: