Berada di Pasir Mas, menghadiri majlis perkahwinan kawan saya.
Ketika sedang makan, saya berbual dengan seorang bapa saudara kawan.
Orang kelantan juga. Mesra dipanggil sebagai Ayah Long.
Ayah Long sekarang pesara Keretapi Tanah Melayu, berumur 73 tahun.
Borak punya borak, beliau berkongsi yang ada orang nak beli rumahnya di Kuala Krai.
Dulu masa pencen, dapat duit pencen dan duit ganjaran.
Dia gunakan duit tu untuk beli rumah.
Katanya, kalau tak beli rumah, dalam 3, 4 bulan duit tu mesti habis.
Beringat masa depan, beliau beli rumah tu tapi sebahagiannya buat pinjaman juga dengan Bahagian Pinjaman Perumahan.
Sebulan bayar dalam RM 122. Lagi 2 tahun pinjaman habis.
Dia tak ingat berapa harga rumah tu masa dia nak beli tu.
Tapi saya jangka sangat murah la tu.. sebab katanya, kawan lain yang bukan nak pencen, ansuran tak sampai 100.
Dia punya je sebab dah nak pencen sangat, ansuran jadi rm122.
Sekarang ni, ada orang tawarkan nak beli rumahnya dengan haga RM 400k++ ke RM 500k++
wow woww...
berapa ratus ribu kenaikan harga kannn...
cadangan kami kepadanya, jual sahaja rumah tu.
Duit untung yang ada tu gunakan lah untuk apa juga impian mereka suami isteri yang tak dapat tertunai masa muda.
Nak ke umrah? nak ke haji? nak travel pusing dunia?
Buat sahaja.. bila lagi kan...
Bila memikirkan wang pencen dan wang ganjaran, ramai yang habiskan dengan cepat selepas dapat.
Tak tahu buat apa
Ramai juga yang laburkan berpuluh-puluh ribu pada perniagaan
Tapi disebabkan langsung tak ada pengalaman berniaga, modal hilang, bisnes entah ke mana.
Nampaknya beli rumah dengan wang pencen dan wang ganjaran adalah keputusan yang bijak.
Slowly but surely.
Selamat pengantin baru kepada kawan saya, Anim dan pasangannya, Rusdi!
2 ulasan:
btol2
ya setuju.. baik pakcik tu guna most of the duit kegunaan dia.. p haji ke etc etc...
Catat Ulasan