20 Disember 2014

Dah jumpa yang berkenan, nak menung lagi?

Hari ni saya nak cerita apa yang berlaku pagi Ahad lepas.

Ada sebuah rumah teres 2 tingkat bertanah untuk dijual di Taman Haneco, Semenyih.
Luas 18x65. memang lah tak besar sangat.
Tapi harga jual dia letak RM 250K. 
Boleh nego lagi harga ni kalau betul-betul beminat dan cepat booking.



Saya berpandangan rumah ni sangat sesuai untuk tinggal sendiri.
Susah nak dapat rumah landed dengan harga RM 250K ni. Harga apartment medium cost je ni.
Semenyih ni harga rumah pun dah naik.
Kalau Setia Eco Park tu, harga paling murah mereka jual dulu pun RM 400k++ untuk landed 2 tingkat intermediate.
Memang kalau Semenyih area tepi jalan utama menghala ke Beranang tu, harga dah naik.

Kalau Kajang pula, rumah subsale mungkin boleh dapat paling murah dalam RM 430K.. rumah lama.
rumah under construction, main harga rm700K ke atas dah...

Kalau orang yang bekerja di Putrajaya, Kajang, Cheras memang terbaik lah kalau beli rumah ni.
Market value rumah ni tak naik sangat sebab kat sini, tak banyak trnsaction.
Kawasan ni bukan kawasan pelabur. 
Ramai duduk sendiri.
Jadi saya dan kawan agent cek bank boleh bagi valuation paling tinggi RM 230K

Rumah ni memang cantik.
Cat masih nampak elok, tak ada rosak. Memang tak perlu renovation pun.
Sebab rumah ni owner dia duduk sendiri denagn keluarga.
Tu yang elok.

Unit ni sebenarnya unit co-broke. Bukan unit saya sendiri. 
Unit kawan agent saya tu tadi. 
Saya dapat tahu, ada agent lain jualkan juga rumah ni.

Pagi Ahad tu ada dua orang view rumah. 
Seorang lelaki tengok untuk duduk sendiri.
Seorang lagi lelaki datang dengan keluarganya, tengok untuk pelaburan.

Dalam hati saya, saya lebih suka kalau yang nak duduk sendiri tu ambil.
Selesa kalau duduk dengan keluarganya.



Sebenarnya yang contact saya bertanyakan rumah ini adalah isterinya.
Tapi sebab isterinya dah due nak bersalin, dia minta suaminya datang tengok rumah.
Isterinya kakitangan kerajaan, memang nak buat pinjaman kerajaan lah.

Tapi bila suaminya tengok, suaminya balik dulu.
Kata nak bincang dulu dengan isteri.

Petang tu saya follow up bertanya pun, belum ada keputusan.

Selasa barulah isterinya call saya semula cakap nak booking, cuma mereka minta nego sedikit harga.
Saya pun call kawan agent saya yang mewakili penjual tadi.
Beritahu yang mereka ni nak booking dan minta nego sedikit harga.
Kawan agent saya janji akan call saya semula.

Sekali dapat panggilan telefon, rumah tu baru je dibooking pada petang Ahad yang lepas.
Pagi Ahad kami bawa orang view rumah, petang ahad tu ada orang bayar booking.

Jadi, kalau nak juga, kena tunggu lah sama ada buyer tu loan dia lulus ke tak.
Kalau lulus, wasalam...
Kalau tak lulus, barulah ada can buyer tadi booking.


Kesimpulannya

- Rumah yang cantik dan harganya bagus tak banyak. Kalau jumpa, jangan fikir panjang.

- Hanya yang cepat ambil tindakan akan dapat rumah yang bagus. Yang banyak sangat fikir, akan banyak melopong dan fikir lagi dan lagi dan lagi.

- Kalau nak tengok rumah, sebaiknya bawa siap-siap buku cek. Kalau berkenan, terus tulis cek untuk amaun 3% dari harga yang kita dapat nego atau harga yang kita nak nego tu. Jangan tunggu balik rumah dulu, mandi, makan, tidur dan fikir semula.

- Kalau tak ada cek? Saya pernah pergi atm machine dengan agent, terus transfer amaun 3% yang agent perlukan untuk booking. Terus sign booking form time tu juga.

Dah letih cari rumah yang berkenan di hati kan.
Dah jumpa, buat apa menung lagi.


Nota: saya ada satu unit apartment nak jual di Flora Damansara.
Harga jual RM 200K, Market value RM 220K.
berminat boleh call 0123547636

Tiada ulasan: