Minggu lepas, agak kecoh semula kes hutang peminjam PTPTN bakal disenarai ke dalam laporan kredit Bank Negara atau dipanggil sebagai CCRIS.
Mereka yang terbabit adalah mereka yang tidak pernah membayar hutang selama lebih 3 tahun yang lepas melibatkan hutang berjumlah 1.23 billion ringgit.
Saya rasa ini satu panggilan maut buat mereka yang terlibat.
Tolong jangan buat derk sahaja.
Apa kesan dari penyenaraian hutang PTPTN di CCRIS?
Ada 2 kesan sebenarnya.
1) Kebolehpercayaan peminjam
Apabila seseorang memohon sebarang pinjaman, bank akan merujuk kepada laporan CCRIS setiap pemohon dahulu.
Laporan ini menyimpan semua pinjaman bank yang ada, amaun pinjaman dan rekod bayarannya. Adakah semua bayaran ansuran dibayar mengikut sepatutnya?
atau adakah terdapat tunggakan di mana-mana bulan dalam 12 bulan kebelakangan ini?
Sekeping kertas (atau mungkin beberapa keping kertas jika peminjam ada banyak pinjaman) akan menjelaskan segalanya.
CCRIS yang bagus akan kelihatan sebegini
0 bermakna tiada langsung tunggakan bayaran untuk bulan itu.
laporan ccris di atas menunjukkan sejak April tahun lepas hingga March tahun ini, bayaran setiap bulan adalah cantik, tiada tunggakan.
Kalau ada 1 bulan tunggakan, akan tercatat angka 1.
Kalau 2 bulan tunggakan, akan tercatat angka 2.
Maka bank akan nampak bahawa peminjam ini seorang pembayar hutang yang baik.
Bank nampak kebolehpercayaan peminjam di situ.
Bayangkan apa jadi kalau pinjaman PTPTN yang tertunggak 3 tahun ini disenarai dalam CCRIS.
Mungkinkah jadi begini?
Agak-agak senang tak peminjam ni nak dapat pinjaman beli rumah kalau laporan CCRIS nya bukan sahaja ada angka 1 atau 2 tapi 37 terus!
2) Pengiraan Debt Service Ratio
Bank menilai kelayakan peminjam untuk meminjam berdasarkan Debt Service Ratio iaitu nisbah hutang berbanding pendapatannya.
formulanya:
DSR = jumlah ansuran bulanan / jumlah pendapatan
Pada masa kini, boleh dikatakan purata bank memberi pinjaman yang bayaran ansuran pinjamannya sehungga 75% dari pendapatan.
Macamana bank tahu berapa banyak bayaran ansuran pinjaman semasanya?
Dari laporan CCRIS inilah.
Dari setiap hutang yang tersenarai, bank boleh buat anggaran bayaran bulanannya.
Dicampurkan semua bayaran bulanannya , termasuk anggaran bayaran bulanan pinjaman yang dia pohon, adakah lenih atau kurang dari 75%?
Kalau masih kurang atau sama dengan 75%, rekod pembayaran pun cantik, kosong je seperti saya kongsi di atas, kemungkinan untuk lulus adalah tinggi.
Tapi kalau jumlah ansuran bulanan sedia ada campur dengan anggaran bayaran ansuran pinjaman yang dipohon tu dah melebihi 75%, kemungkinan untuk pinjaman yang dipohon itu tidak diluluskan adalah besar.
Setakat ini, mereka yag ada hutang PTPTN dan tidak membuat bayaran secara potongan gaji, hutang ini tidak kelihatan di CCRIS.
Bank tak tahu
Mana bank tak masukkan jumlah ansuran PTPTN tu dalam pengiraan DSR.
Tapi lepas ni bila hutang PTPTN dah disenarai dalam CCRIS, nampaknya besar kemungkinan bank akan masukkan amaun bayaran ansuran PTPTN dalam pengiraan DSR.
Maka graduan terlibat akan ada satu lagi pinjaman yang dikira, iaitu hutang PTPTN selain hutang kereta, kad kredit, rumah sedia ada, personal loan, hutang pinjaman ASB dan apa juga hutang bank lain.
Ini menjadikan kemampuan pinjaman graduan semakin mengecil, jika mereka tidak bijak menambah dan mencari punca pendapatan tambahan atau pendapatan pasif dari rumah sewa.
Kesimpulan:
Untuk mereka yang meminjam dan tidak pernah buat bayaran, anda tak ada pilihan lain.
Hadapinya. bayar secara konsisten setiap bulan supaya rekod CCRIS anda tidak sehodoh ini.
Jangan rugikan masa depan anda untuk membuat pelaburan hartanah atau at least untuk membeli rumah kediaman disebabkan keengganan membayar hutang PTPTN.
Dah tak boleh kata apa dah..
Tapi belajarlah dari keadaan.
Anda mungkin terpaksa meminjam PTPTN dulu kerana ibu bapa tidak mampu.
Tapi pastikan anak-anak anda tidak lagi menghantar borang PTPTN.
Berkorban sedikit, berjimat, hidup di bawah kemampuan.
Beli satu rumah pelaburan untuk setiap orang anak anda sebagai tabung pendidikan mereka.
Boleh baca artikel terdahulu saya DI SINI.
1 ulasan:
Assalamualaikum. Saya masih belajar dan merupakan peminjam di bawah PTPTN. InsyaAllah akan tamat pada tahun 2016.
Sebelum ini terdapat pengecualian untuk bayaran balik pinjaman jika result adalah first class.
Saya ingin tanya, masih validkah pengecualian dia atas?
Terima kasih.
Catat Ulasan