10 November 2014

Bajet 2015: apa ada untuk pelaburan hartanah?

Kali ni saya terlambat betul berkongsi mengenai Bajet 2015 dari perspektif pelaburan hartanah.
Padat sangatlah konon jadualnya
dengan perkongsian ilmu pelaburan hartanah dan juga komitmen sebagai perunding hartanah

Namun begitu memandangkan saya setiap tahun berkongsi mengenai Bajet 2015 untuk pelaburan hartanah di blog ini, saya perlu tulis juga.
Untuk melengkapkan kandungan blog
untuk bahan kajian saya sendiri satu hari nanti.

Baik, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, berikut adalah perkara yang akan berkaitan dengan pelaburan hartanah dalam Bajet 2015.



1) PR1MA

Sebanyak 80,000 unit rumah PR1MA lagi akan dibina dengan peruntukan 1.3 billion.


2) Program Perumahan Rakyat

Jabatan Perumahan Negara akan membina 26,000 program perumahan rakyat dengan peruntukan RM664 juta manakala sebanyak 12,000 rumah mesra rakyat dan 5,000 unit rumah idaman rakyat akan dibina melalui SPNB.


3) Skim Rumah Pertama

Jika sebelum ini, rumah pertama yang layak menerima pinjaman di bawah Skim Rumah PErtama adalah sehingga RM400,000 sahaja. Tapi mulai 2015, ia akan dinaikkan ke RM 500k sehingga Disember 2016.


4) Skim Perumahan Belia

Ini program baru. Tak pernah dengar lagi sebelum ini.
Perdana Menteri Malaysia mengumumkan rumah di bawah Skim Perumahan Belia terhad 20,000 unit sahaja. Penawaran berdasarkan dasar Siapa cepat dia dapat. Layak untuk mereka yang berumur 25 – 40 tahun dan pendapatan isi rumah RM 10,000 ke bawah .
Harga rumah yang akan ditawarkan berharga kurang dari RM 500k.
Program ini akan dijalankan secara secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.
Kerajaan akan membayar rm200 sebulan untuk kurangkan bayaran ansuran bulanan peminjam. Kerajaan juga akan sediakan jaminan pinjaman 10% supaya belia yang terpilih ini akan mendapat pinjaman 100% termasuk insurans.
Mereka juga boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk pembayaran ansuran dan lain-lain kos.


5) Diskaun setem duti

Diskaun 50% setem duti atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman dilanjutkan sehingga Dis 2016 untuk rumah pertama berharga rm500k ke bawah.
Kalau sebelum ini, hanya rumah pertama yang berharga RM 400K ke bawah sahaja layak mendapat diskaun 50% setem duti ini.
Jadi kepada pembeli rumah pertama bagi rumah yang berharga RM 500K, jangan lupa beritahu peguam anda yang anda mahu clain 50% diskaun ini ya,


Pendapat saya: tak ada faktor woww atau faktor mengejut dalam Bajet kali ini.
biasa-biasa sahaja.
cuma saya harap lebih banyak info mengenai Skim Perumahan Belia akan dihebahkan selepas ini dan semoga pemilihan belia yang layak adalah telus.

Tiada ulasan: