Hangat sebab tarikh dah tak lama
Pertama kali saya ditegur dalam FB oleh Dato' Dr Wan Shah Razali, saya rasa sangat teruja.
Wowww... nama yang sebegitu besar, orang yang sebegitu hebat menegur saya.
Saya rasa sangat rendah diri dan rasa terharu.
Rupanya DSR mahu ajak saya terlibat dalam Mega Property Talk.
ada 6 orang dijemput untuk berkongsi ilmu dalam satu pentas.
Beliau sendiri, Abang Ensem, Shafie Bustan (Pie2020), Ahyat Ishak, Amin Harith dan saya sendiri.
Memang nama-nama besar mereka ini.
Mereka dah capai keselesaan kewangan dari pelaburan hartanah.
Dah berjaya gandakan wang mereka dan dah berjaya bayar zakat berganda-ganda juga.
Terlalu banyak ilmu mereka, malah saya sendiri banyak belajar dari mereka.
Jadi saya pun dengan sangat berbesar hati menerima pelawaan ini.
Alhamdulillah.. semuanya ada kelapangan pada 8 November 2014, Sabtu.
Jadi kami tetapkan tarikh ini.
Insya Allah peserta akan dikongsikan dengan ilmu ini
- Pembelian subsale (belian rumah dari individu)
- Pembelian rumah lelong
- Kajian peta
- Pengurusan penyewa
- Mindset Pelabur Kelas Pertama
Saya akan cerita pasal pengurusan penyewa.
Tapi sebagai menghargai peserta, saya takkan kongsikan 100% yang sama dengan apa yang saya telah kongsikan di Konvensyen Pejuang Hartanah.
Saya akan bercerita sudut berbeza pula.
Saya akan berkongsi mengenai pemilihan perabot 2nd hand, DIY,dan bagaimana menyiapkan rumah dengan kos minima.
Cuma asas penyewaan tu memang kena masukkan la supaya peserta yang tak datang masa Konvensyen Pejuang Hartanah tu nanti tak blur.
Melihat perkembangan terbaru, saya risau kalau lepas ini AE akan jarang muncul dalam sesi sebegini.
Saya harap ini bukan kali terakhir beliau.
Mana tahu, kalau ramai peserta datang memberi sokongan kepadanya, hatinya yang rajuk akan terubat semula.
#sayatetapsokongae
Saya dengar harga untuk 3 orang daftar sekaligus jauh lebih murah.
Elok kawan-kawan cari geng dan daftar bersama.
Yang mana ada dalam kelab alien hartawan, mungkin boleh post di group FB Kelab tu untuk cari lagi 2 orang geng.
Tapi kalau tak dapat bertiga, berdua pun jimat juga kan..
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, mohon KLIK DI SINI ya.
Jumpa nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan