Memang terbaiklah orang Tawau.
Auditorium di perpusatakaan awam di sana penuh dengan usahawan yang mahu belajar dan menambah motivasi.
Speaker hebat-hebat membuat saya yang paling rendah ini rasa rendah diri.
Ada Coach Sam Adnan, usahawan gym dan latihan
Ada coach Rik dengan strategi perniagaannya
Ada Dynaz dan Bambang Soteto iaitu selebriti yang juga usahawan
Ada Coach Fazli Little Trees dengan perkongsian brandingnya
dan saya dengan perkongsian mengenai pelaburan hartanah.
![]() |
Peminat AE dia ni.. :) |
Tapi yang paling grand dan ditunggu adalah Dato' Dr Fazdilah Kamsah.
Sesi motivasi keusahawanannya dia memang buat peserta terhibur dan mendapat ilmu dalam masa yang sama.
Otai speaker punya style memang berbeza.
Seminar dari pagi sampai petang.
kaw-kaw punya... sampai panas punggung mendengar.
Sebaik seminar habis, saya, krew dan semua speaker lain bergegas ke airport untuk ke Kota Kinabalu
kecuali Dato Dr Fadzilah Kamsah dan Bambang yang terpaksa pulang ke KL kerana ada komitmen lain
Pertama kali saya naik fokker MAS Wing.
Ada dua kerusi je di sebelah kiri dan dua kerusi di sebelah kanan.
Kecil sahaja.
Mungkin disebabkan tak biasa naik fokker, ditambah pula dengan perjalanan dari Semenanjung semalam, malam tu dan pagi esoknya saya flat habis.
Tidur dengan baju yang saya pakai sejak pagi.
Tak larat nak mandi dan tukar baju pun.
Ahad tu 19 hb seminar Sama Sama Cari Duit di Kota Kinabalu pula
Bertempat di UiTM, KK.
Untuk sesi kali ni, ada Coach Rozi Saari di hujung sekali.
Beliau merupakan motivator kuasa minda dan tindakan untuk berjaya.
Selesai seminar, saya dan rakan penganjur terus ke airport.
Tunggu flight jam 9.40 malam, sementara tu kami lepak makan dan berborak-borak.
Jam 12.05 tengah malam tadi baru mendarat di KLIA 2.
2 hari setengah 2 malam yang hebat di Tawau dan Kota Kinabalu.
Terima kasih orang Tawau dan Kota Kinabalu yang memberi layanan yang baik kepada kami
Terima kasih Coach Sam Adnan atas peluang yang diberikan.
![]() |
Buah tangan dari orang Tawau. Terima kasih |
Harap kita semua dapat berjumpa lagi
dan saya harap perkongsian satu jam saya memberi manfaat kepada semua peserta yang datang.
dan terima kasih juga kepada Faizul Ridzuan yang cadangkan nama saya kepada Coach Sam apabila beliau tidak dapat memenuhi jemputan Coach Sam pada awalnya disebabkan komitmen lain.
Cenderahati untuk Simon dari KK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan