Mereka jemput saya untuk sekali lagi beri talk dalam iProperty Bumi Expo di Paradigm Mall pada 10 - 12 Oktober nanti.
Terharu betul saya dapat jemputan ni.
Alhamdulillah.. dapat peluang berkongsi lagi sekali dengan pembeli rumah dan pelabur hartanah yang hadir ke expo ini.
Kalau nak tonton video rakaman talk saya dalam event ini kali yang lepas, boleh KLIK DI SINI.
Kawan saya, Ruby dan Ifah yang baik hati telah buat rakaman secara amatur.
Sebelum ni, saya kongsi tajuk "Apa Jodoh Hartanah Anda?"
Kali ini, cukup la dah bercakap pasal jodoh, saya nak bercakap mengenai "Beli Rumah: Jalan Lurus Poket Gembira."
Aha... apa isi kandungannya tu?
kena datang nanti lah.
Saya dimaklumkan sesi saya pada hari Sabtu 11 Oktober 2014 jam 4 petang.
Paradigm Mall..
wohooooo
Untuk maklumat lanjut pasal event ni boleh KLIK DI SINI
1 ulasan:
Wahhhh murah rezeki...kalau ada kelapangan in syaa allah saya dtg
Catat Ulasan