Lama tak update blog. Sebab last week aku ader hal emergency.. so balik ke kampung di Batu Pahat. Bila dah balik ke sini semula, banyak la benda pending. Tu yang tak sempat nak update blog tu..
Jumaat 29 Ogos lepas, aku, mayah, mazni dan zee rancang nak celebrate birthday anim. Her birthday is on 30th August, a day after that friday la.. kira ok la kan.. Mereka ni semua kawan-kawan baik aku yg sama-sama belajar law kat uitm ni.. kiranya rakan sekelas la.. Tapi at the end, bukan cuma celebrate birthday anim, birtday aku pun join sekali.. belated! hehe.. terima kasih geng! i love u all.. Malam tu aku dan anim dpt kad sorg satu dan kami share one dedicated cake.. makan ramai2.. tak abis makan, aku siap bawa balik lagi..

Hm.. nampaknya aku takkan lupa kad, kek dan majlis private ni seumur idup aku...
Tapi birthday aku tahun ni memang menarik. Masa malam hari birthday aku ari tu iaitu pd 4 jun, aku, Ina dan kak jue nak gi makan2 la.. celebrate birthday... ingat nak gi makan western kat kg baru. Ina ni housemate aku tapi actually aku, ina dan kak jue kawan baik sama universiti dulu.. alumni UTP. So, kami pegi jemput kak jue dulu kat taman desa. Sekali malam tu Pak Lah umumkan harga minyak naik. Kereta Ina lak abis minyak! abis kami tersangkut dlm jam kat shell tmn desa tu... ader satu waja tu isi minyak penuh2 sampai rm100++ sekali tangki minyak dia bocor.. abis tumpah! Las2 kami makan kat ledai mamak tak jauh dari shell tu jer.. huhuhu...
Actually aku terima byk ucapan birthday tahun ni.. dari Ina, Anim (wish direct dr Mekah tu.. ), dari Kak jue, Mayah, Itah, Sitie, Sha, Azri Sabah, Kamal, Suridah dan ayat. Terima kasih atas ingatan..
AYat tanya, saper yg ko harap wish tapi tak wish? Masa hari tu aku tak dpt jawab soalan tu. Tapi skang aku tau. Jawapannya adalah Julie, besfren aku masa sekolah menengah dulu.. Dia dah lupa birthday aku! huhuhu...
Ok.. rasa nak meriakkan hadiah birthday yg aku terima tahun ni, selain dri kad dan kek di atas.
Ni hadiah dari Ina.. heheh.. (apsal ader kaki termasuk dlm gambar tu? isk!) Tenkiu! ke sana kemari aku dgn beg ni..
NI hadiah dari Zee.. hehe.. tenkiu! segan rasa sbb masa ni, aku tak tau pun biler birthday dia..
Ni hadiah dari Sha.. wah!! besnyer.. cd yang aku impikan selama ini. Aku mmg suka dgr lagu2 Elyana ni.. ilang ngantuk kalau drive
NI hadiah belated yang aku baru dpt mlm tadi... dari Kak jue.. isi kandungannya adalah wallet baru! wah.. tQ tQ! Cantik wallet tu
Satu lagi hadiah yg sangat istimewa. Sejadah kecik dari Mekah. Anim pegi umrah ari tu.. Dier balik sehari lepas birthday aku. So, hepi giler aku dapat hadiah ni! Yang paling bes sbb dier dah gunakan sejadah tu utk sembahyang kat MasjidilHaram.. Terima kasih nim..
Actually aku bertuah ader adik beradik dan kawan2 yang sangat baik ati ni.. Walaupun dlm kesibukan aku bercerita tentang hartanah, atau sibuk dgn kerja atau sibuk dgn study, aku tetap ingat dan menghragai korang semua.
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan