Biasa tak dengar, orang kata..
"Entahlah.. tak tahu aku buat apa dengan duit aku. Habis macamtu je.."
Biasanya kata-kata ini didengar apabila seseorang itu dah bekerja atau memasuki alam pekerjaan lebih 3 tahun..
atau bila usia dah menginjak 30 tahun
atau bila nak kahwin baru sedar duit tak ada sedangkan dah beberapa tahun kerja dengan gaji RM 2,000 ke atas.
Itulah kebiasaan kita kan..
Duit gaji dibelnajakan untuk benda yang tak nampak.
Beli makanan, tengok wayang, belanja awek, top up handphone, tukar rim kereta, tukar kereta terus, beli baju baru dan macam-macam lagi.
Barang yang lagi setahun pun, akan buruk.. nilai susut atau pakai habis begitu sahaja.
Sudahnya simpanan tak ada, aset tak ada, nilai bersih begitu juga atau makin teruk kerana hutang makin menimbun.
Orang kata masa itu emas.
Emas boleh digadai dan disimpan tetapi masa tak boleh.
Bermakna masa lebih berharga dari emas.
Masa yang dah berlalu takkan kembali.
Jadi gunakanlah masa muda sebaik mungkin.
Cadangan saya: duit gaji yang ada biarlah digunakan untuk manfaat hari tua.
iaitu
1) buat pelaburan hartanah. Hartawan yang disewakan memberi wang pencen dan peningkatan modal apabila sudah tua nanti.
2) pergilah travel. Kenangan dan pengalaman akan disimpan dan diingati hingga tua.
Malah pengembaraan itu akan banyak memberi pengaruh kepada siapa anda bila tua nanti.
Saya dalam perjalanan ke Istanbul. Backpacking.
Nasib baik saya masih muda.
Jumpa lagi nanti ya
3 ulasan:
Moga selamat pegi, selamat di sana dan selamat balik. Take care.. Enjoyyy turki yg bes itu hehehe
Bestnyer pergi istanbul...backpacking tu.. Teringin jugak nk pergi istanbul...tp kalau pergi seorang tu tak berani lagi ;)
terbaik..
Catat Ulasan