23 Ogos 2014

Tilam bikin geram

"Sir, i want you to put in the tenancy agreement. If the furniture is not comfortable, the owner needs to change".

Ini dialog yang saya dengar semalam antara penyewa dan leader saya, Phillip, seorang perunding hartanah.
Penyewa seorang pelajar dari Timur Tengah, mahu menyewa D' Pulze fully furnish.

Bila Phillip tanya dengan lebih lanjut, apa isunya, rupanya ia mengenai tilam.
Mereka takut dapat tilam yang tak selesa.

"Sometimes, they put mattress of maybe just about RM 100. It is not comfortable."

Aha.. ini isunya..
tuan rumah nak berjimat, letak perabot yang low quality.

Memang saya biasa tengok, tuan rumah letak tilam nipis.
SAngat nipis sampai saya rasa kalau saya nak baring kat situ pun, confirm sakit belakang.
hm..



saya sebenarnya selalu mengalami masalah sakit belakang kalau tilam tak berapa baik.
Jadi, bab tilam saya agak prihatin.

Rumah sewa saya, kalau saya sewakan kepada expatriate atau student foreigner, saya akan belikan tilam spring yang harganya dalam RM 400 - 500.
Sebab sewa mereka pun mahal sedikit.

Kalau sasaran penyewa tu orang tempatan, tilam foam berkualiti baik berharga dalam RM 300 menjadi pilihan.
Saya percaya, permulaan hari yang hebat bermula dengan tidur yang selesa.
Kalau sakit belakang, akan ganggu mood pagi dan menyebabkan rasa letih.

Terpulang pada masing-masing, tapi kalau dah tahu nak sewakan pada penyewa yang standardnya boleh tahan, sesuaikan lah sikit dengan perabotnya.
Kalau budak lelaki pelajar tempatan, mungkin hantam sahaja...

Tapi saya tak nafikan, ada juga kes penyewa curi tilam atau tukar dengan tilam yang dah lembik bila berpindah.
Itu risiko tuan rumah dan pentingnya wang deposit sewa tidak di set-off dari bayaran sewa bulan-bulan terakhir.

Bagi newbie yang nak belajar ilmu pelaburan hartanah, jemput hadir ke KELAS SATU HARI INI.
Mungkin ini kelas terakhir yang saya anjurkan bagi tajuk ini.

1 ulasan:

sitiezahim berkata...

Tilam kena tukar... Umah ai le tu huhu