Di mana saya mendapatkan partition dan meja workstation untuk pejabat sewa berjamaah saya?
Haa.... kalau ada yang pernah melawat pejabat Kaseh Akademi di Dataran Pandan Prima, Ampang pasti nampak workstation siap dengan partition 8 unit ini.
Sebenarnya workstation dan partition ni second hand.
Bukan baru.
Tapi ia nampak masih cantik, macam baru.
Saya pergi ke kedai City Junk di Bandar Puteri, Puchong.
Bawa ukuran ruangan pejabat yang kita nak letak partition tu.
Kemudian kami berjumpa dengan tokeh kedai, Mr Alan.
Berdasarkan bilangan workstation dan saiz ruangan, dia cadangkan design dan saiz bersesuaian.
Supaya ruang dapat dimaksimakan tetapi masih selesa untuk akses keluar masuk.
Untuk kes kami, meja berukuran 3.5 inci.
Ada 8 workstation siap dengan partition.
Mereka cuci dulu stok partition yang ada supaya nampak baru.
Kemudian pasang terus di pejabat.
Tetapi untuk pemasangan di pejabat ini tempoh hari, mereka tak pasang dua cover switch port ni.
Alan janji nak datang pasang, tak datang juga.
Sampai la pihak kami beli sendiri je di kedai.
Kos kami hari itu untuk meja dan partition 8 unit ini sahaja adalah RM 2,300.
Sewa pejabat berjamaah masih ada lagi buat mereka yang memerlukan pejabat, alamat pejabat beserta kemudahan dengan kos yang minima.
Dengan sewa hanya RM 400, penyewa akan dapat satu workstation siap dengan partition, rak kabinet besi, kemudahan wifi, kemudahan fax, bilik mesyuarat, ruangan tetamu, surau dan dewa seminar.
Pejabat fully furnish...
Kalau nak buka pejabat sendiri, sewa dah berapa... deposit dah berapa.. kos ubahsuai dan peralatan lagi...
Sesuai untuk freelance atau usahawan yang baru bermula atau perniagaan kecilan.
Pertanyaan dan jika berminat, call atau sms saya 0123547636.
1 ulasan:
mari bersama kami di Kaseh Akademi.
dari kami Hadeef Training & Consaltancy
Catat Ulasan