06 Ogos 2014

Close deal bulan puasa

Bulan Jun saya berdaftar sebagai real estate negotiator
Tapi bulan Julai saya baru mulakan kerja-kerja sepatutnya.
Selepas saya hadir kelas dua hari yang saya cerita DI SINI.

Untuk bulan pertama ini, saya dah ada listing sendiri
2 buah apartment di Shah Alam dan Klang untuk dijual dan sebuah banglo link di Klang.
Walaupun saya mahu fokus di kawasan Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi, tetapi saya usahakan bantu kawan-kawan yang nak jual rumah di Shah Alam dan Klang ni.

Pengalaman jadi negotiator di bulan puasa memang sangat menarik.
Pengalaman baru katakan..
sampai beberapa kali berbuka puasa dalam kereta sahaja
ada juga tersalah isi borang offer to purchase
hahaha.. selalunya pengalaman membeli dari agent
kali ni pengalaman kita sebagai agent pula..

Alhamdulillah.. serviced apartment di Shah Alam dah ada pembeli.
Pembeli dah bagi cek 3% untuk booking
Borang Offer to Purchase pun dah ditandatangani oleh kedua-dua pihak
Tinggal buyer nak dapatkan pinjaman sahaja.



Yang bestnya bila beli subsale ni adalah, buyer boleh mohon pulangkan deposit kalau tak berjaya dapat pinjaman
Tapi dalam kes ini, saya harap buyer dapat pinjaman lah.
sebab mereka nak duduk sendiri
rumah pun cantik, baru setahun dapat kunci.
Harga pun cun.
Freehold pula.

Jadi, saya doakan permohonan pinjaman buyer berjaya.

Lagi satu apartment dan banglow link di Klang tu harga below market.
Masih available.

Kalau kawan-kawan ada nak jual rumah atau sewakan rumah di Lembah Klang, boleh hubungi saya untuk saya bantu.
sms atau call 0123547636
nanti saya beli smart phone satu untuk nombor ni.
then boleh lah whatsapp ke nombor ni ;)

4 ulasan:

Fairuz Che Omar berkata...

Saudari,saya berhasrat untu menjual rumah saya.Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?

Rohaniah Noor berkata...

tuan Fairuz, jika mahu lantik agent untuk jualkan, boleh hubungi atau sms saya.
Tapi kalau nak jual sendiri pun boleh.. kena letak iklan lah

Fairuz Che Omar berkata...

Berapakah bayaran yang dikenakan?perlu bayar sekarang atau selepas rumah terjual?

Haruki berkata...

Congrats Anie!