10 Julai 2014

Real Estate Negotiators Registration Course

Isnin dan Selasa baru-baru ini saya telah menghadiri Kursus 2 hari
Namanya Real Estate Negotiators Registration Course
Kursus yang saya hadir ni, ia dijalankan di Good Institute, Subang Square, Subang Jaya.
yuran RM 600.


Kursus ni merupakan kursus wajib untuk menjadi Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH)

Antara modulnya adalah:

- Introduction to Real Estate
- Malaysia Estate Agency Standards
- Real Estate Negotiation Skills
- Secrets of a successful REN
- Laws relating to property
- The conveyance process
- Mortgage Fonancing and the role of negotiators
- Real Estate Marketing and the Internet

Kalau dulu, nak jadi REN ni, cukup kalau berdaftar dengan real estate agent yang ada E number atau no pendaftaran E tu sahja
Tapi sejak 2014, ada peraturan baru.
REN perlu berdaftar dengan Lembaga
dan sebelum layak mendaftar, REN perlu hadir ke kursus yang saya maklumkan di atas tu.

Selepas menghadiri kursus, REN akan diberi sijil kehadiran oleh Lembaga
kemudian firma masing-masing akan menghantar borang dan sijil untuk pendaftaran REN ke Lembaga.
Setiap Real estate agent (REA) dibenarkan menghantar borang untuk 30 orang REN sahaja.

Apabila proses pendaftaran berjaya dan selesai, setiap REN akan menerima kad tag yang mempunyai nama, gambar dan details REN tersebut, beserta no pendaftaran REN itu sendiri.

Nombor pendaftaran REN dan tag inilah yang akan membezakan REN yang berdaftar dengan Lembaga dan REN yang tidak mendaftar.

Setakat ini saya dah mendaftar di bawah Rina Properties
dan dah hadir kursus 2 hari ni.


Jadi kalau kawan-kawan ada rumah untuk dijual atau disewa, terutama jika di kawasan Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bangi dan Semenyih, boleh lah saya bantu.
Insya Allah..
Boleh hubungi saya di talian 0123547637 / 0192648628 (yang ni boleh whatsapp)

1 ulasan:

MH8625 berkata...

Tahniah Cik Rohaniah, terpandang billboard kat Jalan Semarak arini berkenaan dengan REN ni. Dah ada kad mudahlah untuk minimizekan kejadian penipuan dalam urusan jual beli rumah.