25 Julai 2014

Raya dalam sayu

Hari ini rasanya siapa yang bekerja pun dah tak ada mood bekerja
Semua mau raya

Raya kali ni rasa sayu.
Dalam seminggu, ada tiga nahas kapal terbang berlaku.

17 Julai 2014, MH17 dari Malaysia Airline System (MAS) dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak oleh peluru berpandu berhampiraran  Hrabove di Donetsk Oblast, satu kawasan di Timur Ukraine.
Nahas ini mengorbankan 298 nyawa, 193 darinya dari Belanda, 43 dari Malaysia, 27 dari Australia dan selebihnya dari pelbagai negara iaitu Belgium, Kanada, Jerman, Indonesia, United Kingdom dan lain - lain.

23 Julai, TransAsia Airways Flight GE222 pula mengalami nahas buruk.
Kapal terbang ini merupakan penerbangan domestik Taiwan dari Kaohsiung to Penghu.
Ia tersasar dari landasan dan  terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Magong.
Ketika itu, cuaca buruk disebabkan berlakunya Typhoon Matmo.

48 orang meninggal dunia yang mana 2 orang darinya adalah warganegara Perancis.
Selebihnya warganegara Taiwan.

Sehari kemudiannya iaitu 24 Julai, kapalterbang Air AlgĂ©rie AH5017 yang membawa 116 orang pula hilang dari radar.
Penerbangan ini dalam perjalanan dari Burkina Faso ke Algeria.
Ia kemudiannya ditemui terhempas di Mali.

Dari 116 orang ini, 50 daripadanya adalah warganegara Perancis dan 24 orang dari Burkina Faso.
Selebihnya dari pelbagai negara lain seperti Jerman, Kanada dan beberapa negara lain.


Dalam masa yang sama, rakyat Palestine terus dibunuh setiap hari oleh tentera Zionist.
:(

Nampaknya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang penuh berdarah.
Ramadhan yang sangat menguji ketabahan dan kekuatan manusia.

Namun begitu, hidup perlu diteruskan..
Aidilfitri tetap menjelang, meski ia tidak seceria tahun sebelumnya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya
Mohon maaf atas salah silap saya sama ada secara penulisan, perbuatan atau kata-kata yang diluahkan.




Tiada ulasan: