Boleh baca di
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-kawan.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/kitchen-cabinet-unipark.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-dah-ada-penyewa.html
http://www.propertywaltz.com/2011/04/unipark-condominiuim-is-now-full-house.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/duit-sewa-terakhir.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/musim-bertukar-penyewa.html
Kat mana Unipark Kondominium ni?
Ia sebenarnya terletak dalam kampus KLIUC, dan bersebelahan dengan Uniten.
Masa tu De Centrum belum ada lagi.
Dan pada masa itu, Unipark ini sahajalah kondominium yang ada di sana.
Ada dua blok, Blok A yang kawan saya beli
dan Blok B yang dapat vacant posession dalam setahun kemudian.
Selepas Unipark, pemaju yang sama membangunkan De Centrum.
Satu projek bercampur yang mengandungi shopping mall, unit kedai, SOHO dan serviced apartment.
Terkini.. jeng jeng jeng..
Buat yang tak sempat beli Unipark Blok A dan Blok B serta De Centrum, ada sambungan pembangunan Unipark telah dilancarkan.
Namanya Unipark @ De Centrum
Atau sebenarnya pembangunan Blok D Unipark.
Projek ni freehold.
Ada dua jenis:
- Type A: unit 4 bilik tidur dan 4 bilik air berkeluasan 1297 sqft
ada 4 aircond.
- Type B: unit duplex 8 bilik tidur, 8 bilik air. berkeluasan 2,594 sf.
ada 8 aircond.
Ia dipakejkan dengan sistem dua kunci supaya tingkat atas dan tingkat bawah boleh dibuka berasingan.
Untuk Type A, setiap unit diberi 1 unit tempat letak kereta percuma
Manakala untuk Type B pula, ada 2 unit tempat letak kereta percuma.
Hanya ada 320 unit sahaja.
Kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, gymnasium, ruang pelbagai kegunaan, taman, bilik mesyuarat & bilik persidangan, kawalan keselamatan dan pengawasan CCTV 24-jam.
Harga bermula dari RM 420psf.
Maknanya kalau Type A tu, harga dari RM575, 000
Manakala Type B pula, harga dari RM1, 065,000.
Setiap unit datang dengan pakej semi-perabot.
Projek ni dijangka siap pada tahun 2018 nanti.
Pemaju projek ini adalah Protasco Berhad, syarikat kumpulan IKRAM.
Potensi projek ini ang saya nampak adalah lokasinya begitu hampir dengan KLIUC dan Uniten.
Setakat ini pelajar-pelajar ini tinggal di dalam kampus, di Unipark Blok A dan Blok B dan turut menyewa hingga ke Bangi dan Kajang.
Ia juga senang diakses dari SKVE, SILK Highway dan PLUS.
Di tengah-tengah antara Putrajaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi.
Insya Allah nanti MRT akan ada di Jalan Reko Kajang
dan kalau ikut perancangan MRT Line 2, ada kemungkinan akan ada MRT di Uniten.
Bukan itu sahaja.
Ahad ini ada perkongsian yang sangat menarik di Galeri jualan projek ini.
![]() |
Faizul Rizuan |
Sifu Faizul Rizuan dan Sifu Adrian Wee akan berkongsi ilmu percuma.
Faizul akan berkongsi analisa kawasan Bangi / Kajang sebagai hotspot pelaburan.
Manakala Adrian Wee pula akan berkongsi tips bagaimana untuk buat renovasi secara murah untuk disewakan kepada pelajar.
![]() |
Adrian Wee |
Butiran majlis:
Tarikh : 6 Julai 2014 (Ahad)
Masa : 11am - 1pm
Tempat : De Centrum sales gallery, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-8738 3391
3 ulasan:
mahalnye..dpt ke cashflow kalau sewakan?
Cikpuan Rohaniah,
dengan harga yang sedemikian, masih mampukah untuk dapat cash flow positif? Sebab student kan ada limitnya kemampuan mereka untuk sewa. Kalau duduk 10 orang pun mungkin boleh dapat paling tinggi RM2,000 sahaja (satu kepala RM200). Tak tahulah kalau student sekarang mampu sewa lebih tinggi dari itu.
mahalnye.. murah sikit tak bole ke?? saya student dekat sini.. saya yakin nanti mesti ramai pelajar akan complain dengan harga yang mahal..
dan saya rasa harga yang diletak terlalu tinggi untuk pelajar..
kemungkinan untuk yang berkeluarga tinggal disini kurang kerana persekitaran
yang mempuyai ramai pelajar.. lebih-lebih lagi pelajar suka mengulang kaji sehingga lewat malam dan berkemungkinan akan menganggu jiran yang berkeluarga.. saya harap dapat dipertimbangkan apa yang telah saya katakan ini..
Catat Ulasan