14 Jun 2014

Seminggu paling mencabar di Filipina

Saya baru pulang dari Filipina semalam tengahari.
Itu yang lama tak update blog.

Asalnya saya dan kawan saya nak buat kelainan untuk bulan hari lahir kami tahun ni.
Kami ingin diving bersama.
Saya dan Atiq, sama-sama lahir pada bulan Jun.

Berdua lebih baik, tapi bertiga lebih happening.
Kata Atiq, mengembara bertiga paling sesuai.
Jadi, kawan diving kami, kak Jue pun join.



Kami pergi pada hari Sabtu lepas, 7 Jun 2014.
Penerbangan jam 1.20 pagi dari KLIA 2.
Sampai di Manila jam 5.30 pagi.

Saya bayangkan, 5.30 pagi sure masih gelap kan..
Rupanya belum touch down lagi hari dah cerah.
Mak ai...
rupanya di sini subuh masuk jam 4 pagi.
Jam 5.30 tu hari dah cerah. dah subuh gajah.

Destinasi kami adalah Subic Bay.
Kat sana, ada banyak kapal karam.
Ada kapal Jepun yang sengaja dikaramkan oleh tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua
ada memang dah karam sebelum itu lagi.






Dua malam di sana, dua kali dive.
Dah keletihan.
9 Jun Atiq dan Kak jue balik ke Malaysia.
Mereka tak dapat cuti lama..
saya tinggal seorang.



Kami berpisah di Olongapo, mereka naik bas ke Pasay di Manila.
Saya pula naik bas ke Baguio.
Olongapo ke Baguio dalam 5 jam setengah.
Baguio ni ibarat Cameron Highland campur Fraser Hill.
Atas gunung, sejuk, banyak bangunan bersejarah, buah dan sayuran segar dan landskap yang cantik



Malangnya saya sampai sana dah jam 5.30 petang,
Esok jam 3 petang dah kena naik bas ke Manila.
Dari jam 7 pagi sampai tengahari, hujan tak berhenti.
Jadi saya tak dapat berjalan dengan puasnya dan menikmati kecantikan Baguio.

Saya dapat ke Burnham Park tapi hujan lebat menyebakan saya tersangkut di bawah pokok dengan seorang wanita tempatan berumur 50an.
Dapat mendengar pelbagai cerita darinya.

Kemudian saya ke Camp John Hay tetapi hujan lebat menyebabkan saya berteduh di sebuah kedai pancake dan makan roti marinated dengan kismis dan teh o panas.


Kemudian saya singgah di Mile Hi.
katanya pakaian sukan dan pakaian designer murah di sini berbanding di Manila.
Tapi pergi ke tempat shopping pakaian pada saya ibarat kucing pergi ke kedai duplicate kunci.
Tak ada perasaan, tak tahu murah ke mahal.



saya cuma beli sehelai dua tshirt souvenir dari Baguio sahaja.

Saya juga sempat ke city market dan menyelusuri session road di baguio.

10 Jun naik bas ke Pasay, jam 10.40 malam sampai di sana.
Menginap di hostel satu malam, esok paginya 11 Jun saya naik bas ke Tagaytay pula.

Tagaytay berada di selatan Manila.
Keistimewaan tempat ini adalah kerana Gunung berapi Taal, gunung berapi yang sedang aktif dan berasap.
Gunung berapi di atas tasik, tasik di atas pulau yang terbentuk dari letusan gunung berapi.



Subhanallah, tempat ini sangat cantik.
Melihat gunung berapi yang hidup dan sedang berasap merupakan satu kepuasan yang kita takkan dapat lihat di Malaysia.




Untuk ke sana, kita boleh mendaki atau menaiki kuda.
Nak jimat dan demi feeling yang lebih, saya pilih untuk mendaki sahaja.
Saya bayar 600 peso untuk masuk ke kawasan
saya bermalam di tepi tasik Taal ini.



12 Jun tengahari saya sudah pulang ke Manila semula.
Bas dari Tagaytay ke Pasay cuma 2 jam sahaja.
Saya sampai di Pasay dalam jam 3 petang.
saya terus mencari masjid. Khabarnya ada masjid bernama Golden Mosque di sebuah perkampungan muslim di sini.

Saya cuba bertanya pekerja keselamatan di Pasay mengenai lokasi masjid, tetapi mereka tidak tahu.
Nampaknya saya terpaksa bertanya pakcik Google.
Pakcik google memaklumkan yang saya perlu naik LRT Line 1 ke stesen Carriedo.
Kemudian berjalan kaki.


Akhirnya dalam jam 4.30 petang, saya tiba di masjid ini.
Malangnya tiada tandas dan tempat wudhuk.
Nasib baik ada penduduk tempatan yang bawakan saya ke satu tandas dan bilik mandi awam di perkampungan ini.
Boleh lah saya mengambil wudhu.

Setelah solat, saya ke SM North.
di kawasan Quezon City.
Saya perlu menaiki LRT Line 1 ke stesen Roosevelt, kemudian menaiki jeapney.

Di sana, saya telah berjanji untuk berjumpa kawan lama saya.
Rosalie, seorang rakyat tempatan yang saya kenali 7 tahun lepas
masa tu, beliau datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan.
Saya pun peserta persidangan tu juga.



Tak sangka selepas 7 tahun, kami berjumpa semula.

Selepas bertemu beliau, saya ke lapangan terbang Ninoy Aquino.
ada adegan mencabar sikit berlaku semasa saya nak ke lapangan terbang.
saya ada kongsikan di FB saya.

Apa pun, alhamdulillah.. semalam jam 10.30 pagi penerbangan saya tiba di KLIA 2.



Pengembaraan seminggu di Filipina yang sangat mencabar telah berakhir.
Hasilnya, badan demam, batuk dan selsema.
Kasut terkopak
Jaket tertinggal di Jeapney
Tuala tertinggal di Manila
Tali beg putus
penutup skru tripod tertinggal di gunung berapi Taal
Berjalan kaki sejam tengah malam ke lapangan terbang
Tidur di bawah khemah dalam hujan lebat
tetapi hati tetap teringat pada orang di Malaysia. chewahhh...

Saya akan luangkan masa menulis travelog kisah di Filipina ini.
insya Allah...

Pada yang berminat untuk belajar ilmu asas pelaburan hartanah, pendaftaran Bengkel Wang dan Hartanah pada 22 Jun ini masih dibuka.
Begitu juga Bengkel Pelaburan Hartanah Extended pada 28 Jun untuk ilmu yang lebih advance.

Klik http://bit.ly/3dalam1 atau sms hartanah <nama> ke +60 18-968 7803 untuk makluman lanjut.http://bit.ly/3dalam1

3 ulasan:

Unknown berkata...

Percutian yang penuh memberi seribu pengalaman, amat menarik pengkongsian ini.

Unknown berkata...

Woww..best travel mcm tu...

sari berkata...

hebat!!!

tak dapat bayangkan, u make it all alone....