23 Jun 2014

Bila Cik Peguam pun hadir..

Semalam Ahad 22 Jun 2014, Bengkel Wang dan Hartanah telah berjaya dijalankan.

Paling jauh, Mira datang dari JB, Samsul dari Ipoh dan En Wan dari Melaka.
yang lain, Hasifah, Dila, Syakira dan Kak Zana memang dari kawasan Lembah Klang.

Peserta memang sporting habis.
Diorang ni semuanya pandai matematik.
Cepat betul diorang mengira formula-formula yang saya beri.

Kiranya semalam saya yang paling lambat mengira lah!
Sebab kalkulator dalam kotak kat tepi
Saya budak law kan.. budak law mana pandai matematik
Matematik yang saya belajar masa Degree IT dulu dah lupa.. hehehe..

Saya paling terharu bila antara peserta tu adalah seorang peguam yang memang dah pejam mata, celik mata memang dok buat coveyancing setiap hari.
Cik Syakira ni memang bukan calang-calang peguam muda.
Jadi bila dia turun ke seminar saya, ibarat seperti Doktor buat lawatan ke Klinik Desa pulak.
heheheh...





antara feedback yang saya terima.. alhamdulillah..






Jangan lupa, Sabtu ni 28 Jun 2014 saya akan anjurkan Bengkel Pelaburan Hartanah Extended pula

Yang ini, kita akan menyelongkar dengan lebih terperinci lagi:
- Prosedur sebenar beli rumah
- Memahami kos pembelian rumah
- Sesi  dengan peguam : memahami SPA dan prosedur semasa pindah milik
- Memahami letter offer loan
- Menyelongkar permata hartanah pujaan
- Memahami perjanjian sewaan dan strategi menyewakan rumah

Saya akan jemput seorang peguam yang juga peguam rasmi saya selama ini, Puan Hazlin Aslina untuk berkongsi sesi dengan Peguam tu.

Yuran RM 228 atau RM 178 untuk ahli Kelab Alien Hartawan.

2 langkah untuk mendaftar:

1) mohon tuan / puan membuat pembayaran ke
- akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services; atau
- akaun maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor

Masukkan alamat email propertywaltz@gmail.com untuk notifikasi sistem perbankan online.

2) Isi borang pendaftaran dengan mengemukakan butiran bayaran di

Sebarang pertanyaan boleh sms atau call +60 18-968 7803

Sementara tu, layan gambar-gambar semalam...















Tiada ulasan: