25 Jun 2014

Bil letrik homestay empat ribu!

Bil elektrik homestay melambung!

Terkejut badak saya bila bil elektrik Serena Guest House melambung ke RM 4,076.75 pada bil yang dikeluarkan awal Mei
Mak aiiii!!!!

4 ribu tu!
Paling tinggi dalam sejarah saya, rumah sewa di Cyberjaya bil letrik dalam RM 600.
tu pun jenis tak reti tutup aircond.
dan rate komersial sebab service apartment dulu-dulu.
Tapi ni rate kediaman... apsal sampai 4 ribu?

Memang la ada dalam 20 malam orang menginap di homestay pada bulan April tu
tapi pernah ia disewa penuh sebulan sebelum ni, bil cuma RM 200++ sahaja.


Saya turun menyiasat, memang bacaan meter sama macam di bil.
Tapi kenapa dalam satu bulan, meter berpusing sangat laju?

Bila partner homestay saya call TNB, kata TNB ini bacaan sebenar.
Bukan anggaran bacaan.

Dari maklumat yang saya peroleh dari akak yang jaga rumah ni, penyewa keluar awal pagi dan pulang hampir maghrib.
Aircond ditutup. Bukan pasang setiap masa.
Saya juga turun menyiasat.
Tiada penggunaan alat elektrik yang pelik-pelik.



Lantas kami buat aduan ke TNB.
Dapat no log.
Mereka kata, mereka akan buat siasatan. Tak perlu bayar lagi bil ni.
Mereka syak meter rosak atau bermasalah.

Untuk bil yang keluar awal Jun pula, bil menurun ke RM 1,418.90
dah menurun, tapi masih tak logik.
Tak logik sebab
- amaun masih tinggi.
- untuk bulan Mei, ada orang tinggal penuh sebulan. Sedangkan bulan April, dalam 20 malam je. Macamana bil untuk penggunaan bulan Mei lebih rendah dari penggunaan bulan April?

Kami masih menunggu update dari TNB.

Tiba-tiba malam tadi dapat sms dari akak yang jaga rumah tu.
"Letrik kena potong!"

hah sudah.. nasib baik tak ada orang menginap di homestay malam tadi..

Hari ni saya cek di TNB eservices, bil  RM 4,076.75 masih ada di sana.
Yang tu la pending belum dibayar sampai kena potong.

Terus saya beritahu partner, partner call semula TNB di talian 15454, follow up no log aduan yang sama.

Selepas customer service TNB periksa, katanya ada penyelarasan bil.
Ada tolak RM 3421.50 dari bil tu tapi mereka tak update dalam bil.

Tapi mereka nampak ada lagi pelarasan -RM 600++ tapi belum pasti.
Katanya, dia akan minta TNB Bangi untuk double confirm.

Saya menunggu panggilan dari TNB Bangi, berapa amaun sebenarnya untuk 2 bil ni
Berapa saya patut bayar untuk buatkan bekalan elektrik disambung semula
Tapi tak adil betul potong bekalan elektrik kami sedangkan kes dalam siasatan
huhuhu

4 ulasan:

anie.anne berkata...

Memang TNB tak patut potong bekalan elektrik sebelum kes selesai...

Semoga Allah permudahkan urusan Cik Puan.

Lan Rambai berkata...

Apa punca sebenar bil jadi mahal tu? Meter TNB rosak ke?

sitiezahim berkata...

Hummmmm tnb tak sistematik ke

ReM berkata...

cuba check pendawaian letrik kemungkinan ada pencurian.