saya memilih untuk cuba menjawabnya di sini.
Soalan
Hi Miss Rohaniah,
Saya ada dua soalan yang saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tengah duk memikirkan penyelesaian, terlintas untuk bertanya pada miss Rohaniah.
1) Jikalau rumah sewa yang kita hendak sewakan mempunyai aircond setiap bilik dah setiap bilik disewakan kepada penyewa lain, saya faham bahawa bil utiliti perlu dikongsi untuk dibayar. Bagaimana pula apabila pengunaan aircond ini menyebabkan bill elektrik naik kepada lebih daripada rm150 sebulan. Ada penyewa yang jarang guna aircond. Maka, adilkah kita menyuruh dia pun membayar sama rata setiap bulan? Adakah cara untuk kita mengawal situasi sebegini?
2) Rumah yang saya sewakan ada dua bilik yang berkongsi bilik air. Kedua-dua penyewa adalah berlainan bangsa dan penyewa bilik pertama berkebolehan untuk memasuki bilik penyewa yang kedua melalui bilik air. Soalannya sekarang, adakah cara untuk mengawal privasi penyewa. Apakah idea perlaksanaan miss Rohaniah untuk situasi sebegini?
Jawapan
1) Penting di sini kerjasama dan persefahaman sesama rakan serumah.
Pengalaman saya, penyewa yang saya sewakan ikut bilik, mereka tahu tanggungjawab sendiri.
Bila seorang tu obvious banyak menggunakan aircond berbanding yang lain, salah seorang penyewa bilik di rumah itu yang bertindak seperti ketua rumah akan meminta penyewa tersebut membayar lebih sedikit dari yang lain.
Pengalaman saya, penyewa yang saya sewakan ikut bilik, mereka tahu tanggungjawab sendiri.
Bila seorang tu obvious banyak menggunakan aircond berbanding yang lain, salah seorang penyewa bilik di rumah itu yang bertindak seperti ketua rumah akan meminta penyewa tersebut membayar lebih sedikit dari yang lain.
Biasanya saya akan terangkan mengenai hal ini semasa penyewa berpindah masuk.
Penting bagi kita mencari penyewa yang baik dan nampak bertimbang rasa melalui beberapa tips tapisan penyewa yang saya kongsikan dalam ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar dan semasa dalam Konvensyen Pejuang Hartanah kelmarin.
Ada satu lagi cara iaitu dengan memasang meter elektrik berasingan untuk setiap bilik.
Ada kos lebih lah di sini.
Meter elektrik ini akan mengukur penggunaan elektrik di setiap bilik ini secara berasingan.
Tapi jujurnya saya belum pernah buat lagi.
2) Apa kata pasang kunci selak dari sebelah dalam bilik.
Bermakna, pintu bilik air akan ada 2 kunci pada setiap pintu.
Satu dalam bilik, satu sebelah dalam bilik air.
Jadi, kalau penyewa bilik tu keluar rumah, tidur atau mahu berehat, cuma kuncikan sahaja dari dalam bilik.
Penyewa di bilik sebelah sana takkan dapat masuk ke dalam bilik dia.
Harap jawapan ini membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan