saya pernah kongsikan DI SINI dan DI SINI.
Kawan saya ini dah dapat kunci rumah yang dibelinya beberapa bulan lepas.
Alhamdulillah....
Rumah freehold, jadi proses pindahmilik dan loan disbursement ambil masa dalam 5 bulan sahaja.
Kawan saya ni pun guna servis peguam rasmi saya yang saya dah percaya.
Jadi, tiada masalah sepanjang proses pindahmilik rumah ni.
Nak duduk rumah sendiri kan.. takkan nak duduk di rumah bercat putih je.
Boring lah..
maka dia berangan nak cat sikit rumah ni.
Biar ada deko sikit lah.
Tapi adat orang sibuk... hari ke hari tak juga mengecat.
Lampu, gril, kitchen cabinet pun tak ada pasang lagi.
Last-last dia ada hal kena pindah masuk bulan 6 ni.
haaa... baru terkancat.
Sebagai kawan lama, saya tolong dia beli rekemen company yang pasang kitchen cabinet dan gril
kemudian saya teman dia pergi beli sink, hood dan hob dan beberapa kelengkapan lagi.
Masalah seterusnya, mengecat.
Dia tak ada masa nak mengecat rumah... (dan tak ada pengalaman juga).
Kebetulan famili saya boleh mengecat rumah.
Saya ada turunkan ilmu dan jampi-jampi mengecat rumah kat mereka sedikit sebanyak.
Kawan saya pun nak berjimat
jadi saya cadangkan untuk upah sahaja mereka untuk mengecat.
Saya jadi QC.
Kawan saya setuju.
Jumaat saya teman dia ke kedai hardware untuk beli cat.
Kami pilih cat SKK glossy.
5 liter dalam rm 90
ada juga cat kapur untuk menjimatkan kos
Cat Maxilite 7 liter baru RM 32.
Maka sabtu dan ahad semalam, projek mengecat pun bermula...
rumah ni belum masuk bekalan elektrik, jadi kerja mengecat boleh dibuat pada waktu siang sahaja.
Kawasan yang nak dicat adalah ruang tamu dan bilik tidur master sahaja.
Bilik satu lagi, biar sahaja cat putih asal.
tapi ada satu kawasan tu, kawan saya minta dicat ala-ala adidas gitu...
Tapi mengecat ala adidas begini, kami belum ada pengalaman lagi.
Kita cuba sahajalah dahulu.
Cuba buat yang terbaik.
Kawan-kawan ada yang nak mengecat rumah tapi tak ada masa?
Mungkin mereka boleh tolong..
cuma weekend sahajalah sebab ini team freelance yang ada kerja lain full time.
Boleh call 0123547636 atau email properttwaltz@gmail.com
Layan gambar-gambar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan