Saya telah dijemput sebagai salah seorang speaker
Saya kongsikan kemeriahan, kehebatan dan perkongsian 10 speaker yang terlibat pada hari tersebut.
Copy paste dari perkongsian live saya di Facebook.
Tuan Azizi Ali
Semasa kita hidup ni, make the most out of the opportunity.
"Kalau saya mai dari Kampung Bongkok di Perlis tu boleh buat, tuan-tuan pun boleh buat juga"
"Lebih banyak buku kewangan yang tuan-tuan baca, tuan-tuan akan menjadi lebih kaya." - tuan Azizi Ali
Tuan surveyor Sulaiman Akhmady
Tuan Sulaiman berkongsi statistik transaksi hartanah di Malaysia, perbandingan tahun 2012 dan 2013.
CR Fadzli UNIC
Untaz Fadzli banyak berkongsi mengenai niat. Apa niat kita untuk menjadi kaya?
Beliau juga bercerita mengenai kalau kita mengambil ringan sesuatu perkara, kita takkan berjaya.
Master Yusnizam
"Nak jadi kaya, bukannya buat sales, tapi manage sales." - Master Yusnizam.
Rumah yang kecil seperti unit studio boleh beri lebih keuntungan harga berbanding unit yang lebih besar seperti unit 3 bilik tidur
Tuan Khairul Anuar
Dari 15,000 peguam di Malaysia, setengah darinya ada di Lembah Klang.
Pastikan peguam ada pejabat sendiri. Bar Council tak benarkan peguam yang hanya menggunakan virtual office.
"Pilih peguam betul-betul dan dapatkan recommendation."
"Everything is negotiable. Kalau dikenakan interest oleh pemaju, dan anda ada alasan yang bagus, cuba jumpa pemaju untuk bincang. Minta pengurangan."
Kalau tempoh waranti dah tamat, kemudian didapati dinding runtuh, pembeli masih boleh komplen ke pemaju. Kerana pemaju kena bina rumah in working condition. Cuma, perlu pergi ke mahkamah dan kos tinggi sedikit berbanding semasa dalam tempoh waranti.
Dr Wan Shah Razali
Semasa Dr Wan Shah Razali bergaji sebulan RM 30K, beliau hanya berkereta Wira.
Dua jenis investor.
- Investor kelas ketiga
- investor kelas pertama.
Investor yang dah beli 3 atau 4 rumah tapi masih bertanya, "lepas ni nak beli di mana?"
" macamana nak dapatkan pinjaman 90%?"
Adalah investor yang belum siap.
Coach Baharuddin Mohamed
Kegagalan dan kejayaan adalah seperti kaki kiri dan kanan.
"Bank hanya beri pinjam kepada 2 jenis orang:
1) orang yang ada duit
2) orang yang nampak macam ada duit."
Tuan Khairudin, Ho Chin Soon Research.
Gunakan SWOT analysis untuk menilai sesebuah projek pembangunan sebelum membeli rumah pelaburan di situ.
Pemaju biasanya highlight Strenght.
Ada banyak highway di sebelah selatan center of gravity. Kita tahu highway membawa peranan besar pada pembangunan sesebuah kawasan.
Some powerful tools:
- laman web jabatan penilaian
- laman web jabatan pemetaan
"Map is powerful, but site inspection is very important",
Rohaniah Noor (saya la tu..)
Saya berkongsi tajuk Penyewa dari Syurga.
Siap ada video selfie lagi.. hehehehe
sebenarnya nak tangkap gambar selfie atas pentas.
sekali rupanya saya tak perasan tertekan button record video sebelum naik pentas lagi.
jadi, ini lah hasilnya..
sebenarnya nak tangkap gambar selfie atas pentas.
sekali rupanya saya tak perasan tertekan button record video sebelum naik pentas lagi.
jadi, ini lah hasilnya..
Setiap orang mempunyai center of gravity nya sendiri.
Kalau ada 300 orang dalam dewan ni, akan ada 300 center of gravity yang berbeza.
Centewr of gravity masing-masing ditentukan oleh 2 pusat galaksi, iaitu:
1) tempat tinggalnya
2) tempat kerjanya
Perasmian dan pelancaran
Perasmian Konvensyen Pejuang Hartanah dan pelancaran majalah Prospek Hartanah oleh Datuk Dr Maznah.
Prospek Hartanah adalah majalah pelaburan hartanah berbahasa Melayu yang pertama di dunia.
Prospek Hartanah adalah majalah pelaburan hartanah berbahasa Melayu yang pertama di dunia.
Saya diberi peluang menulis di dalam column sendiri bernama Srikandi Hartanah.
Persembahan UNIC
ini pertama kali, konvensyen atau seminar pelaburan hartanah ada persembahan artis.
wahh.. memang sedap nyanyian live mereka. sangat harmoni.
Tuan Zamri Nanyan juga menerima anugerah khas ini.
Beliau memang pakar internet marketing yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Derngan editor dan penulis Majalah Prospek Hartanah, Puan Ameena dan tuan Zul
Tabik Pejuang Hartanah
Selfie dengan tokoh-tokoh hebat dan speaker semasa makan tengah hari
Ini pula selfie sebelum saya naik pentas.
Lepas selfie ni lah saya tertekan button record. hehehe
Gambar ini paling mahal.
saya dapat bergambar dan duduk sebelah idola saya, Tuan Azizi Ali.
Kalau tak kerana dia, saya takkan berada di sini sekarang.
terlalu banyak ilmu yang dia kongsikan dan saya praktikkan untuk sampai ke tahap ini.
Terima kasih banyak-banyak tuan.
Saya boleh katakan, inilah konvensyen pelaburan hartanah berbahasa melayu yang paling hebat
dan pertama diadakan seumpamanya.
Syabas kepada Ahyat Ishak dan Emerilda Sani sebagai co-founder dan penganjur.
You guys are awesome!
2 ulasan:
Tahniah. Memang hebat. Saya pun ada disana. Tips rumah sewa banyak yang diberi. Semoga sama2 bermanfaat.
tp ada juga benda yang saya tidak berpuas hati dengan konvesyen ini...
Catat Ulasan