02 Mei 2014

Dari Pelabur ke Kontraktor Rumah

Minggu lepas saya ke Dungun.
Ada hal kerja di sana.
Tapi saya sempat luangkan masa di sebelah petang bertemu dengan kawan lama saya.
Kawan sama kepala alien.

Dah lama betul tak jumpa.
ada lah 3 tahun agaknya.
Best sebab dia belanja saya makan kopok lekor dan goreng pisang.
hahaha..
dia nak belanja ikan bakar di sebelah malam tetapi saya yang ada kerja pula perlu disiapkan.
Badan pula dah sangat letih.

Tapi saya bukan nak cerita pasal keropok lekor yang dia belanja makan tu.
Saya nak cerita pasal projek kontraktor dia.
woww.. woww..



Dia dah maju banyak tapak ke hadapan dah rupanya
Dah buka satu syarikat kontraktor untuk bina rumah.
Buat permulaan, beliau bina rumah untuk ahli kelaurganya dahulu.

Ahli keluarganya buat pinjaman kerajaan untuk bina rumah.
Dari upah kontraktor lain untuk bina, baik upah kontraktor milik keluarga sendiri kan.

Sebagai kontraktor dah tentu ada sedikit margin keuntungan kos binaan kan.
Maknanya di situ dah ada penjimatan.
Margin keuntungan tu, dimiliki sendiri.

Berbeza dengan orang bukan alien, mereka bina rumah guna pinjaman kerajaan ni untuk rumah duduk sendiri.
Bina rumah besar semaksima pinjaman yang layak.
Tapi kawan saya ni memang alien.
Rumah tu bukan untuk didiami
Tetapi untuk disewakan kepada pelajar-pelajar IPT di sana nanti.



Mengambil kira faktor ini, rumah yang dibina bakal punya 5 bilik dan 5 bilik air.
setiap bilik ada bilik air sendiri.
Maka mudah lah nak menyewa ikut bilik atau ikut kepala kan...

Saya bertanya padanya, kenapa tak bina dua pintu sahaja?
Katanya, Majlis Bandaran takkan luluskan pelan tersebut kalau ada dua pintu di atas lot tanah yang sama.
kalau nak buat juga, kena pecah lot kepada dua.



Walaupun pelan nampak satu pintu, tapi jika mereka boleh agak yang kita nak pecah kepada dua pintu kemudiannya, pun ia takkan diluluskan.
Majlis Bandaran lebih bijak menjangka nampaknya.

All the best kepada kawan saya ini.
Insya Allah.. pengalaman projek pertama ini akan digunakan untuk projek seterusnya pula.
Gambatte!

1 ulasan:

Lukeman berkata...

tahniah untuk cikpuan rohaniah noor dan juga kawannya itu. Nanti boleh kongsi lagi info berkaitan kontraktor tu -Luke-
www.jombahagia.blogspot.com