Saya kongsi semula perkongsian saya di Facebook semalam.
Rugi pula kalau tak rekodkan di blog.
Ada kawan tanya, cat jenama apakah pilihan saya jika mahu yang murah dan berkualiti.
Jawapan saya:
Pilihan pertama: Maxilite
Pilihan kedua : Jotun
Ok, yang murah ni tak ada glossy glossy dan tak adalah boleh padam dengan kain lembab kalau kena conteng.
Tapi warnanya cantik juga, tahan lama dan finishing cantik (jika anda tahu cara mengecat dengan betul).
Cat yang paling murah ni biasanya berharga lebih kurang RM 35 atau RM 42 untuk 7 liter, bergantung pada warnanya.
Kalau warna yang cair, murah sikit.
Kalau warna yang pekat, mahal sikit.
Cat ini juga dipanggil cat kapur.
Sesuai untuk rumah sewa yang berbajet rendah.
Ye lah.. kalau setakat sewa kurang dari RM1000 sebulan, tak berbaloi pakai cat mahal.
Tapi kalau nak sewakan pada expatriate atau bajet sewa lebih tinggi
atau untuk homestay
saya cadang beli la cat yang boleh padam tu.
Ada yang kemasan kusam (matte finishing) dan ada yang kemasan berkilau (glossy finishing).
Kalau yang boleh padam tu, saya suka pakai SKK, KCC Paint atau Jotun.
SKK atau KCC Paint kalau yang kemasan kusam, harga dalam RM 80++ untuk 5 liter.
kalau nak glossy, kena tambah sikit duit.
tapi ini pilihan saya.
setiap orang pasti ada jenama kegemaran mereka sendiri kan...
15 ulasan:
6 thn pakai SKK masih berkilat lagi..
Umah ai nak cat semula la.. Nk kena pakai yg boleh padam tu senang kalu sesapa conteng or kot2 ai nk cintan cintun ngan Zahim buat love2 I lap u tu hihi
hai..kami juga merupakan pengeluar bumiputra cat jenama easypaint.. beroperasi di Simpang 4 seberang perai.. matte dan gloss.. boleh kunjung ke facebook kami easypaintkedah di facebook. :)
thanks atas tips ni
Saya nak cat yg murah & kalis air.
WhatsApp me..I can show u what I want to do..mybe smua org blh buat @ kalo sy dh siap boleh beli pada saya..hehe
+60197743707 / ikhzad@gmail.com
Dok survey harga cat rumah ni.. Excited ^^
saya tawarkan pakej murah utk cat rumah. standard teres 1 tingkat, 2 biik 1 ruang tamu, 1 dapur saya cas RM 200, bayar saya sahaja, beli cat pilihan pelanggan, ad resit lg. (dalam sahaja)
kalau campur sekali dengan luar rumah saya cas rm 300.
available sabtu dan ahad sahaja. sebab saya bekerja pelukis pelan isnin ke jumaat. pengalaman mengecat di hotel sunway pyramid selama 4 tahun. sy cume nak cri keje part time yg sy ble buat. x minat pat time kfc. :D 0172098387
Area mana?
Area mana?
Saya ada bnyk stok cat nippon
Murah2 klu nak bole call 017479680..
Area mna dik.. harga?
Area mna dik.. harga?
Area johorbahru nk bole wssp no 0137142972
saya ada buat khidmat mengecat..boleh refer ke ig saya anzworksnservices..
Harga berapa
Catat Ulasan