29 April 2014
28 April 2014
Mat Jenin sudah tiada
Bila kawan-kawan atau anak kita menyebut impian yang dirasakan terlalu besar, mustahil atau tidak berpijak di bumi nyata, kita akan berkata,
"Alah.. Engkau ni angan-angan mat jenin sahaja."
Maka terbantutlah impian dia di situ.
Tiada impian yang terlalu besar.
Tiada yang mustahil.
Di kala kita, orang melayu disogok dengan peribahasa angan-angan mat jenin, anak orang putih diajar pepatah Walt Disney.
Sudah tiba masa pepatah ini disenyapkan.
Biarkan kita semua berangan.
Biarkan kita semua berimpian.
Kemudian, kita lebihkan penekanan kepada bagaimana kita mahu capai impian itu.
Mat Jenin sudah tiada.
25 April 2014
Cat murah dan berkualiti
Rugi pula kalau tak rekodkan di blog.
Ada kawan tanya, cat jenama apakah pilihan saya jika mahu yang murah dan berkualiti.
Jawapan saya:
Pilihan pertama: Maxilite
Pilihan kedua : Jotun
Ok, yang murah ni tak ada glossy glossy dan tak adalah boleh padam dengan kain lembab kalau kena conteng.
Tapi warnanya cantik juga, tahan lama dan finishing cantik (jika anda tahu cara mengecat dengan betul).
Cat yang paling murah ni biasanya berharga lebih kurang RM 35 atau RM 42 untuk 7 liter, bergantung pada warnanya.
Kalau warna yang cair, murah sikit.
Kalau warna yang pekat, mahal sikit.
Cat ini juga dipanggil cat kapur.
Sesuai untuk rumah sewa yang berbajet rendah.
Ye lah.. kalau setakat sewa kurang dari RM1000 sebulan, tak berbaloi pakai cat mahal.
Tapi kalau nak sewakan pada expatriate atau bajet sewa lebih tinggi
atau untuk homestay
saya cadang beli la cat yang boleh padam tu.
Ada yang kemasan kusam (matte finishing) dan ada yang kemasan berkilau (glossy finishing).
Kalau yang boleh padam tu, saya suka pakai SKK, KCC Paint atau Jotun.
SKK atau KCC Paint kalau yang kemasan kusam, harga dalam RM 80++ untuk 5 liter.
kalau nak glossy, kena tambah sikit duit.
tapi ini pilihan saya.
setiap orang pasti ada jenama kegemaran mereka sendiri kan...
12 April 2014
perasan retis
Malam tadi dah tidur di atas katil sendiri
Setelah 10 malam tidur di bumi asing yang begitu cantik.
Walaupun keletihan, hari ini saya bangun awal dengan begitu bersemangat!
Sebab hari ni saya feeling-feeling macam artis yang nak lancarkan album baru.
Wahhhhh feeling over!
Sebenarnya jamm 10.30 pagi nanti saya perlu menghadiri satu sidang akhbar
Masih ingat Konvensyen Pejuang Hartanah yang saya pernah kongsikan di sini sebelum ini?
Konvensyen yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei nanti.
Speaker dia power-power.
Ada Ahyat Ishak, Dr Wan Shah Razali, Faizul Rizuan, Ishmael Ho, Yusnizam Yusof, tuan Khairul Anuar, Fadhli UNIC, Sr Sulaiman Akhmady dan coach Bahar.
Haaaa.... Saya akan melengkapi kekacakan speaker-speaker yang ada nanti.
Katanya, kalau ada wanita, menariksss sikit kan..
Biar lah speaker wanita tu berbadan rendah dan agak poyo pun...
Tapi saya masih risau ni..
Tak cun la muka depan kamera ni nanti
Sebab saya belum sempat pergi buat facial lagi ni lepas balik dari china..
Mesti kurang berseri nanti muka saya ni..
Macamana ni..
Retis ni dah la muka menggelupas
Tak ada mekap artis pula..
Dah tu saya blur.. Apa nak cakap nanti ya?
Tak pernah buat kerja macam ni
Pendaftaran konvensyen masih dibuka.
Boleh pergi kehttp://www.pejuanghartanah.com/kph/index.html
11 April 2014
Raja Under Con menyerang Ahad ini
Tak sangka begitu cepat 11 hari berlalu.
Hari ini saya pulang semula ke tanahair.
Tamatlah sudah pengembaraan saya dan dua orang kawan lagi ke China.
Kami menjejaki bumi Beijing, Xi 'an, Shanghai dan Hangzhou.
Dalam 11 hari ini kami menyaksi kesan sejarah, budaya dan kebiasaan, makanan serta menghidu wanginya udara di puncak gunung, di tepi tasik dan di pinggiran sungai.
Banyak yang ingin saya ceritakan mengenai perjalanan ini.
Alhamdulillah mana yang sempat saya kongsi di instagram, yang kemudiannya saya set auto share ke facebook saya.
Maklumlah.. Di china, facebook kena block.
Jika pagi ini saya buka mata, saya masih di bumi China.
malam ini sebelum saya melelapkan mata insya Allah saya sudah di rumah sendiri di Kajang.
Hujung minggu ini saya akan kembali sibuk dengan aktiviti luar biasa di sana.
Kawan-kawan buat apa ahad ini?
Kalau belum ada aktiviti penting, jomlah kasi meriah di putrajaya.
Saya dan Ahyat Ishak akan beri talk percuma mengenai pelaburan hartanah di majlis anjuran SP Setia.
Insya Allah saya akan berkongsi tajuk 'Raja Under Con'
Biarpun saya ni puteri sebenarnya.. Hehehe
Dalam tajuk ini nanti saya akan kongsikan
- pro dan cons beli rumah under con
- macamana orang buat duit dari rumah under con
- risiko projek terbengkalai
- perlindungan undang-undang terkini terhadap projek terbengkalai.
Tarikhnya 13 April 2014
Jam 1.30 tghari - 5.00 petang
Tempat : Setia Putrajaya Sales Galleria, Lot 14124 Jalan P15H, putrajaya.
Kalau ada yang berhajat nak bergambar dengan saya yang tak glemer ni, anda mungkin akan kecewa sedikit
Sebab muka saya menggelupas dek kerana cuaca di China ni..
So, kurang comel sikit lah.. Hehehe...
Ok, jangan lupa daftar dan jumpa nanti ya!
08 April 2014
Antara dua darjat
Saya masih lagi di china.
Hari ini masuk hari kelapan pengembaraan ke china.
Sekarang saya berada di dalam keretapi dari Xi 'An ke Shanghai.
Kami bertolak jam 5.15 petang semalam. Dijangka sampai jam 1:30 tengahari nanti.
Tiket untuk soft sleeper dan hard sleeper dah habis.
Ada tiket untuk hard seat je.
Terpaksa beli juga walaupun saya dah diberi amaran beberapa kali.
Hard seat ni kerusinya tegak. Tak boleh ditolak kebelakang pun.
Kalau perjalanan lebih 15 jam macamni, memang hazab la...
Tapi dah tu je yang ada kan...hantam sajalah.. Asalkan sampai ke shanghai.
Masa saya dari beijing ke xi 'an, yang ada hanya tiket soft sleeper.
Jadi kami ambil lah tiket soft sleeper tu.
Bila bayangkan kehidupan kami yang aman damai dan bahagia di soft sleeper dengan hazab dan survival tahap tinggi di gerabak hard sleeper.
betul-betul terasa macam antara dua darjat.
Meh saya share sikit.
Soft sleeper ni empat katil dalam satu bilik.
Dua atas dua bawah.
Ada meja kecil untuk makan.
Lampu boleh hidup mati, boleh pilih nak on lampu besar, lampu romantik atau lampu jiwang yang samar-samar.
Setiap beberapa jam sekali, ada pekerja ketuk pintu kutip sampah.
Kat luar, di lorong ada dua suis elektrik untuk caj handphone.
Ada water boiler, boleh ambil air panas percuma.
Boleh kami bancuh maggie dan minuman cereal.
Tandasnya tandas duduk yang bersih.
Pelapik tandas pun dibuat dari kayu berkualiti tinggi. Ala-ala cengal.
Boleh flush.. Ada air dan ada sinki kecil.
Di luar ada ruangan yang besar dengan tiga sinki.
Boleh gosok gigi dan cuci muka dengan penuh bergaya.
Tapi di hard seat?
Empat kerusi saling mengadap.
Ada meja kecil.
Kerusi tegak 90 darjah. Tak boleh adjust-adjust untuk sesuaikan selera tengkuk saya.
Itu ok lagi..
Ada ramai yang tak ada tempat duduk dapat naik train.
Maka ada lah yang menempek duduk illegal masa kerusi kosong sebentar selepas orangnya turun di stesen dan belum ada pengganti.
Ada yang bawa kerusi kecil sendiri, menempek di ruangan kaki saya.
Ada yang tidur memanjang di bawah ruangan kaki ni.
Yang tidur atas suratkhabar depan pintu gerabak jangan cerita.
Sampai ada yang tidur atas sinki!
Lagi sadis, keadaan tandasnya.
Tandas mencangkung banyak yang tersumbat dengan benda asing.
Tak boleh flush.
Saya ambik wuduk asar, qasar zohor, terus simpan air sembahyang sampai maghrib sebab tak sanggup nak masuk tandas lagi.
Tapi bila subuh, terpaksa juga mengharung semula situasi menggerunkan ini.
Kesimpulan saya buat, beli tiket soft sleeper memang hampir tiga kali ganda mahal dari harga tiket hard seat.
Tapi kita bukan hanya beli tiket untuk dapat baring dengan selesa atas katil.
Tapi juga beli tiket untuk dapat kemudahan tandas yang bersih dan berselera untuk digunakan.
Oh ya, walaupun saya di sini, pendaftaran untuk Seminar Wang, Kami Tak Takut Cukai tetap berjalan seperti biasa.
Seminar yang mengajar bagaimana menjimatkan bayaran cukai, bagaimana nak declare pendapatan sewa dalam cukai dan bagaimana nak buat duit yang tak kena cukai.
Tarikh: 19 April 2014
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: 12-1 Jalan Putra Kajang 3, Taman Putra Kajang,Kajang.
SMS cukai <nama> ke 018-968 7803
Atau layari http://bit.ly/taktakutcukai
Selain itu, kalau nak belajar mengenai pelaburan hartanah dari pakar-pakar terkenal, jemput hadir ke Konvensyen Pejuang Hartanah.
Tarikh pada 3-4 Mei ni.
Speaker semua power-power, kacak dan cute!
Boleh klik http://www.pejuanghartanah.com/kph
Nota: di china saya tak boleh buka blogger.com.
Jadi terpaksa update blog melalui gmail.
Maaaf kalau entry ni paragraph semua berterabur sebab automatik gmail uploadkan.